1 PAGI DI TAMAN BOTANI PUTRAJAYA

Pada hari sabtu yang lepas, aku berkesempatan pergi ke Taman Botani Putrajaya. Mungkin, lebih sesuai untuk menggunakan ‘ter-pergi’ kot. Pada awalnya mahu pergi Wetland. Tapi tersesat jalan 🙂 Redah sahajalah. Pergi mana-mana sahaja

Niatnya untuk ber-chak-kun-chak 🙂 Naik basikal. RM4 untuk sejam (RM2 untuk hari biasa)

Ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Taman Botani Putrajaya ini. Tidak pasti ‘botani’ yang bagaimana. Begitu juga dengan konsep Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA). Apa yang ‘botani’nya pun aku tidak nampak dengan jelas akan botani-nya. Mungkin perancangannya tidak siap untuk dipraktikkan kot.

Apapun, Taman ini dibahagikan kepada 3 bahagian bunga, tumbuh tumbuhan hiasan dan pemeliharaan/penyelidikan.Taman ini kini mempunyai lebih daripada 700 spesis tumbuhan berbunga, tumbuhan tempatan serta tumbuh tumbuhan dari rantau Asia Pasifik dan Afrika

Sesuai dengan konsep botani, kawasan ini juga berfungsi sebagai pusat penyelidikan dengan koleksi pelbagai guna – khasnya untuk tujuan pendidikan. Ada satu rombongan pelajar pada pagi sabtu itu.

Antara daya tarikannya yang lain ialah : Canna Walk, Fern Garden, Floral Steps, African Collection, Tropical America Collection, Hibiscus Walk, Bougainvillea Tunnel, Pandanus Walk, Orchid Path, Palm Hill, Vine Garden, Heliconia Trail, Jambatan Kanopi, laluan papan tasik dan tempat perkelahan. Selain itu, boleh juga untuk masuk ke dalam Maghribi Pavilion (Bayaran kemasukan RM3) dll

Di sini juga, terdapat sebuah restoran makanan laut (Putrajaya Seafood Restaurant) yang berkedudukan menghadap tasik berhadapan dengan Kompleks Bangunan Pejabat Perdana Menteri.

Aku tengok, secara keseluruhannya taman ini OK dan daya tarikan yang paling aku suka ialah tasik dan jambatan kanopi. Tempat ini juga nampak dijaga dengan baik. Punya konsep ‘taman dalam bandar’. Tapi, aku rasa mungkin TBNSA lebih baik. Oh, mungkin tidak juga. Masing masing punya kelebihan. Bagi aku TBNSA lebih kepada ‘ Hutan dalam Bandar’.

 Tak syok sangat tak bawa kamera. Tapi, cilok gambar orang lain tak salah kot