Secara Ringkas Tentang Sejarah dan Info – Kuwait

Secara Ringkas Tentang Negara Kuwait

Negara Kuwait ialah sebuah negara raja berperlembagaan yang terletak di pinggir utara Arab Timur di hujung Teluk Parsi, bersempadan dengan Iraq di utara dan Arab Saudi di selatan. Kuwait juga berkongsi sempadan maritim dengan Iran. Kuwait mempunyai panjang pantai kira-kira 500 km.

Nama Kuwait merupakan singkatan perkataan Arab yang membawa maksud “kubu yang dibina dekat air”. Majoriti penduduk negara ini tinggal Kuwait City. Sehingga tahun 2022, Kuwait mempunyai populasi seramai 4.67 juta orang di mana 1.85 juta daripadanya adalah warga Kuwait manakala baki 2.8 juta adalah warga asing dari lebih 100 negara.

Dari segi sejarah, lokasi Kuwait ini merupakan sebahagian daripada tamadun Mesopotamia purba. Rizab minyak ditemui dalam kuantiti komersial pada tahun 1938 dan kemudiannya mula mengeksport minyak mentah buat kali pertama pada tahun 1946. Hasil daripada pendapatan minyak, negara ini telah mengalami pemodenan berskala besar antara tahun 1946 hingga 1982.

Kuwait merupakan sebuah negara emirat dimana Emir merupaka ketua negaranya dan keluarga al-Sabah merupakan pemerintah yang mendominasi sistem politik negara ini. Pemerintah-pemerintah negara ini yang terkini adalah dari keturunan Sabah I sejak tahun 1756. Sabah I telah dipilih oleh komunitinya yang kebanyakannya terdiri daripada saudagar-saudagar untuk mentadbirkan hal ehwal negara termasuk hal ehwal luar negeri dan percukaian. Pada September 2020, Putera Mahkota Kuwait Sheikh Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah menjadi Emir Kuwait ke-16 dan pengganti kepada Emir Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, yang meninggal dunia pada usia 91 tahun. Pada Oktober 2020, Sheikh Mishal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah telah dilantik sebagai Putera Mahkota.

Baca: Pelancongan – 9 Tempat Menarik di Kuwait

Pada tahun 1990, Kuwait telah diceroboh oleh negara jiran, Iraq atas sebab pertikaian pengeluaran minyak. Pendudukan Iraq di Kuwait berakhir pada 26 Februari 1991 selepas campur tangan tentera oleh pakatan tentera yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan pelbagai negara lain. Kuwait mempunyai kehadiran tentera AS terbesar di rantau Timur Tengah di mana, terdapat lebih 14,000 anggota tentera AS ditempatkan di negara ini. Kem Arifjan merupakan pangkalan tentera AS terbesar di Kuwait.

Kuwait mempunyai rizab minyak keenam terbesar di dunia menjadikannya negara kelima terkaya di dunia mengikut pendapatan negara kasar per kapita. Manakala, Dinar Kuwait ialah mata wang yang mempunyai nilai tertinggi di dunia. Kuwait juga mempunyai rizab gas asli yang banyak.

Baca: Contoh Karangan Laporan: Hari Keusahawanan Di Sekolah

Sejak tahun 2016, China telah menjadi rakan dagang terbesar Kuwait. Di bawah Inisiatif Belt and Road, Kuwait dan China mempunyai pelbagai projek kerjasama termasuk South al-Mutlaa yang kini sedang dalam pembinaan di utara Kuwait. Sebagai sebahagian daripada Wawasan Kuwait 2035, Kuwait menyasarkan untuk meletakkan dirinya sebagai hab global bagi industri petrokimia. Kilang penapisan Al Zour ialah kilang penapisan terbesar di Timur Tengah yang juga merupakan projek kerjasama Kuwait-China di bawah Inisiatif Belt and Road.

Pelancongan – 9 Tempat Menarik di Kuwait

Negara Kuwait mendapat kemerdekaan daripada British pada 19 Jun 1961. Walaupun bersaiz kecil, negara ini kaya dengan sumber hasil buminya.
Kuwait sebelumnya merupakan suatu daerah yang gersang dan tidak menarik. Pendapatan utama penduduk Kuwait pada ketika itu hanyalah dari hasil penangkapan ikan ataupun mutiara. Penemuan minyak pada tahun 1930-an telah menyebabkan perubahan drastik kepada kesejahteraan rakyat negara ini.

Pelancongan - 9 Tempat Menarik di Kuwait

Menara Kuwait (Kuwait Towers)

Terletak di Arabian Gulf Road, Menara Kuwait yang dibuka kepada umum pada tahun 1979 merupakan simbolik kepada kebangkitan ekonomi negara ini. Menara ini terdiri daripada 3 struktur konkrit. Tinggi Menara 1 ialah 187 meter yang berfungi sebagai tempat simpanan air bagi Kuwait City. Di Menara 1 ini juga terletak tempat pelancongan dan restoran. Disini jugalah terletaknya bebola podium sfera yang besar yang mempunyai dek pemandangan pada ketinggian 123 meter. Ia boleh berputar 360 darjah dalam masa 30 minit.

Menara 2 pula mempunyai ketinggian mencecah 145.8 meter yang berfungsi sebagai menara tangki simpanan air semata-mata. Menara 1 dan Menara 2 mampu menempatkan kira-kira 4,500 kubik meter air dalam satu masa. Manakala Menara 3 pula sebagai pelengkap yang berfungsi mengawal aliran elektrik dan yang berkaitan dengan ketiga-tiga menara tersebut.

Pelancongan - 9 Tempat Menarik di Kuwait

Masjid Besar Kuwait (Grand Mosque)

The Grand Mosque merupakan masjid terbesar di Kuwait yang mempunyai keluasan tanah 46,000 meter persegi dengan binaan bangunan mencecah 20,000 meter persegi. Penduduk tempatan memanggil masjid ini sebagai Al-Masjid Al-Kabir. Masjid ini mula dibuna pada tahun 1979 dan siap 7 tahun kemudian iaitu pada tahun 1986 dengan kos sekitar KD14 juta. Dewan solat utamanya mempunyai 4 tiang dengan ruang lantainya boleh menempatkan sekitar 10,000 jemaah lelaki pada satu-satu masa.

Pelancongan - 9 Tempat Menarik di Kuwait

Al Sadu House

Ia terletak bersebelahan dengan National Museum, Arabian Gulf Street . Rumah Sadu ini merupakan sebuah muzium yang mempamerkan koleksi artifak dan barang antik. Secara umumnya, ia mempamerkan gaya dan hasil tenunan Badwi. Tenunan Sadu memberi penekanan kepada gaya hidup nomad orang Badwi dan menggabungkan simetri estetik. Pengunjung juga boleh membeli hiasan dinding, beg, permaidani dan cenderahati seumpamanya.

Pelancongan - 9 Tempat Menarik di Kuwait

Kuwait National Museum

Muzium merupakan salah satu tempat terbaik yang mewakili dan mengekalkan warisan sejarah sesebuah negara. Melalui galeri dan pamerannya, ia memberi peluang kepada orang ramai untuk berhubung dengan masa lalu sesebuah negara tersebut. Muzium Negara Kuwait ini terletak di Arabian Gulf Street bersebelahan dengan Istana Seif dan Kuwait’s National Assembly.

Muzium ini dibahagikan kepada 4:-

  • The Kuwait Heritage Museum
  • Planetarium
  • Archaeological Museum
  • Boom Al Mouhallab

Muzium ini mula dibuka kepada orang ramai pada tahun 1986 dengan rekaan oleh arkitek Perancis Michel Ecochard. Antara yang dipamerkan dalam muzium ini ialah artifak yang ditemui di Pulau Failika, fosil haiwan, koleksi seni keluarga Al-Sabah, syiling dari zaman gangsa dan helenistik serta contoh kehiudpan seharian warga Kuwait. Muzium Negara Kuwait turut mengalami kemusnahan besar / kehilangan beberapa artifak semasa Perang Teluk. Walau bagaimanapun, sejurus selepas perang tamat, ia telah dipulihkan sepenuhnya.

Kuwait National Museum
Arabian Gulf Street
Safat, Kuwait – 13015
Tel: +965 22451195 / 22456534

Waktu Operasi:
Isnin hingga Sabtu – 8.00am to 12.30am; 4.00pm to 8.00pm
Jumaat – 4.00pm to 8.00pm

Pelancongan - 9 Tempat Menarik di Kuwait

The Green Island, Kuwait

Pulau buatan ini terletak di luar pantai persiaran Kuwait City dan mula dibika kepada umum pada Feb 1988. Terbentang dari Al Shuwaikh ke Ras Alard, pulau ini meliputi kawasan seluas 785,000 meter persegi. Disini jugalah terletaknya Kuwait Tower yang menjadi salah satu ikon utama Kuwait. Terdapat banyak ruang dan pilihan untuk bermain permainan bersama keluarga, termasuk Soap-Football, berjalan tepi pantai, taman permainan untuk kanak-kanak, laluan berjalan kaki yang baik, sewa basikal dan lebih-lebih lagi peluang untuk menjamu selera di luar.

Pulau ini dimiliki oleh Touristic Enterprises Company, Kuwait. Dikatakan batu, pasir dan pepohon pada pulau ini kesemuanya diimport dari luar negara.

Baca: 20 Ayat Deep Kehidupan, Kawan, Cinta, Ex – Sedih

Al Shaheed Park

Taman Al Shaheed, yang terletak di pinggir bandar Kuwait dengan keluasan tanah sekitar 200,000 m2. Ia menampilkan taman botani yang indah, dua muzium, pusat pelawat, tasik, laluan pejalan kaki dan trek joging yang menjadikannya taman bandar terbesar di Kuwait.

Boulevard Park

Taman Boulevard ini merupakan sebuah oasis yang terletak di Arabian Gulf Street yang menghadap laut. Pada ketika ini, taman ini dianggap sebagai salah satu tarikan pelancong utama di Kuwait yang menawarkan pelbagai aktiviti kebudayaan dan rekreasi. Taman ini mengandungi tasik air tawar yang luas, laluan air yang indah serta taman botani yang indah.

Taman ini mempunyai keluasan lebih 353 ribu meter persegi di kawasan Salmiya sebagai komponen pusat perdagangan yang mengandungi kedai global, pasar raya besar dan ruang hiburan dalaman sesuai untuk seisi keluarga.

Link: https://boulevard.com.kw/

Trampo Extreme

Trampo ialah pusat aktiviti dan riadah terbaharu di Kuwait. Pengunjung boleh berseronok melompat di Arena Trampolin, menyelam dan bermain dodgeball di Zon Dodgeball, dan bermain di Foam Pit. Pusat Trampo ini terletak di Kompleks Murouj (berhampiran Sahara Kuwait Golf Resort), Promenade Mall dan Baroue Marina Mall.

Failaka Island

Pulau Failaka merupakan salah satu pulau bersejarah yang terkenal di Kuwait. Ia terletak di sudut barat laut Teluk Arab, kira-kira 20 kilometer dari pantai Bandaraya Kuwait. Failaka memiliki banyak bangunan bergaya Mesopotamia yang boleh ditemukan di Iraq sekitar tahun 2000 SM.

Pelancongan – 9 Tempat Menarik di Kuwait Pelancongan – 9 Tempat Menarik di Kuwait Pelancongan – 9 Tempat Menarik di Kuwait