Insyaallah, next trip aku selepas ini ialah Ho Chi Minh City. Semoga Allah memudahkan urusan kami semua untuk keluar melihat kepelbagaian ciptaan-Nya. Besar kemungkinan selepas ini, aku akan lebih banyak mengeluarkan entry yang berkaitan dengan HCMC, Vietnam ini. Bukan apa, untuk rujukan dan bekalan aku di sana nanti. Tidak lebih dan tidak kurang daripada itu.
Jadi, entry pertama aku mengenai HCMC ini ialah mengenai Ben Thanh Market. Ini merupakan salah satu tempat utama yang akan kami pergi lawati nanti. Berikut merupakan 10 perkara mengenai Ben Tanh Market :-
- Juga dikenali sebagai Cho Ben Thanh
- Terletak di antara tempat paling sibuk di Ho Chi Minh City, Vietnam iaitu di Distict 1 ( Berhampiran dengan Le Loi, Ham Nghi, Tran Hung Dao Avenues dan Le Lai Street).
- Kemudahan pengangkutan mudah diperolehi.
- Merupakan pasar utama di HCMC.menjual pelbagai jenis barangan – makanan kering, Kopi Vietnam, aksesori, lukisan, barangan tradisonal, hiasan dinding, mutiara, baru marmar, perak dan pelbagai jenis pakaian. Terdapat banyak pilihan T-Shirt dengan tulisan sepeti ‘ Good Morning Vietnam’ dan ‘Miss Saigon’.
- Suasana didalam pasar yang agak panas pada masa-masa tertentu. Vietnam terletak di kawasan yang beriklim tropika
- Dibuka lebih kurang pada jam 8 pagi hingga jam 5 petang sahaja. Selepas itu, para peniaganya akan berpindah dengan membuka gerai-gerai jualan disekitar pasar sehingga jam 11 malam.
- Terdapat juga gerai-gerai yang menjual makanan (Tidak halal – 100% pasti)
- Pengunjung digalakkan untuk datang membeli belah sebelum jam 8pagi untuk mendapatkan ‘morning price’. Harga yang ditawarkan pada waktu ini lebih murah berbanding selepas pukul 8 pagi.
- Perlu pandai untuk tawar menawar. Peniaga selalunya akan mark-up harga barangan mereka sehingga 2 – 3 kali ganda. Jadi, pengunjung digalakkan untuk buat servey / menawar harga dahulu sebelum membeli sesuatu barangan.
- Berhati-hati dengan penyeluk saku.