4 AKTIVITI MENARIK SEPANJANG CUTI SEKOLAH

4 AKTIVITI MENARIK SEPANJANG CUTI SEKOLAH . Biasalah, setiap kali cuti sekolah sahaja mesti akan ada sahaja aktiviti-aktiviti menarik yang dianjurkan oleh pelbagai pihak berkaitan. Di sini aku senaraikan 4 aktiviti / program menarik sepanjang hari-hari terakhir cuti sekolah ini yang aku rasa sesuai untuk kesemua lapisan masyarakat + menjadi perhatian aku 🙂 Ada yang free dan ada yang berbayar. (pengsan).

MATTA FAIR 2012

Tarikh: 16th – 18th March 2012 (Friday-Sunday)
Masa: 10.00 a.m. – 9.00 p.m.
Tempat : Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia.

Aku tak dapat pergi dan memang tak mahu pergi. Kenapa? Terang-terang bulan 5 dan bulan 9 nanti aku akan pergi Vietnam dan Indonesia. Jadi, aku tak mahu menjebakkan diri ke lembah pelancongan yang terlalu kerap. Pokai. Tapi, apapun, aku teringin mahu pergi ke Bangkok 🙂 Pengsan.

PESTA BELON UDARA PANAS PUTRAJAYA 2012

Tarikh : 15 – 18 March 2012 (Khamis – Ahad)
Masa ; 7.30 pagi – 9.00 malam
Tempat : Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya

Aku pasti akan pergi ke sini. Dekat sangat dengan rumah aku. Aku tak pernah pergi sini dan sudah semestinya aku berharap untuk pergi ke sini. Dulu aku duduk KL dan tiada transport. La ni, kalau tak dapat pergi juga, memang mau aku meroyan.

SALE : IKEA Damansara

Tarikh : 8 – 25 March 2012

Aku sebenarnya taklah tertarik sangat dengan barang-barang IKEA ini. Aku bukannya suka dan teruja nak pakai barangan yang ala ala ‘ohhh…. IKEA’. Pengsan. Tapi nak buat macam mana, kawan aku suka pergi sini. Anak orang kaya lah katakan. Layan je 🙂

 PROTON POWER OF 1

Aku ada buat post berkenaan Power Of 1 ini. Boleh rujuk : https://www.denniszill.com/proton-power-of-1/