Syok je hujung minggu lepas. Cuti yang dipenuhi dengan aktiviti yang mengibur dan mengujakan 🙂 Hari sabtu lepas, kawan lama aku time study dulu datang bertandang…Si Shahrizal Mohd Safri dari Tanjung Malim 🙂 Hari ahadnya pula dok jalan-jalan merendek tengok program related dengan kucing di Damansara ( Cutie Pet Fun Fair 2012) dan juga di FAMA Selayang huhu. Masa lapang terisi dengan jayanya. Insyaallah
Oppsttt…baru je sempat buat entry dek kerana agak sibuk dengan tugasan hakiki u olllz
Ini adalah kali pertama aku ‘bertandang’ ke program-program seperti ini. Gigih datang ke One Utama semata-mata mahu melihat apa yang syok kat sini. Siapa tahu…ada sesuatu yang baru boleh dipelajari disini.
OK, 1st impression aku datang sini ialah…. alamak, banyaknya anjing. Takut pun ada gak – jujur. Tapi selepas fikir punya fikir, no worry semua itu.
Seronok pulak aku tengok banyak anjing-anjing comel kat sini. Serious comel dan sangat banyak. Ada macam macam saiz dan macam macam hiasan dikenakan pada anjing-anjing ini huhu.
Tapi aku tak berani nak dekat sangat..sedikit gementar. Tengok muka cool je kan time anjing-anjing ini dibawa oleh tuannya. Tapi gelora dalam hati aku ini, siapa yang tahu haha.Tak biasa….. mungkin lepas ini aku akan biasa kot. Pengalaman pertama selalunya memang camnie. Ahaks
Syok program program macam ini. Disamping boleh bawa haiwan peliharaan berjalan-jalan, boleh juga menambah kenalan + knowledge.
Ada banyak aktiviti yang disediakan disini. Booth pun ada banyak gak…mostly booth makanan kucing + sangkar + berkaitan kesihatan. Aku tak ronda-ronda sangat. Pengsan
Mostly booth adalah datang daripada pihak penaja program ini. Tak ada pulak Royal Canin kat sini. Kalau tak, boleh usha usha sikit