7 Nama-Nama Neraka serta Penerangan Mengenainya

Neraka Jahanam

7 Nama-Nama Neraka serta Penerangan Mengenainya

Tingkat neraka paling bawah. Perkataan ‘jahannam’ ini bermaksud jahat, gelap dan murung. Secara umumnya neraka ini merupakan sebuah tempat yang seram dan gelap, kerana senantiasa malam serta kering kontang. Firman Allah SWT,

Maksudnya: “Katakanlah kepada orang kafir, “Nanti kamu akan dikalahkan oleh orang Islam dan dihimpunkan kamu ke dalam neraka Jahannam. Di sanalah tempat yang seburuh-buruknya”. – Surah Ali-Imran, ayat 12

Ciri-ciri penghuni Neraka Jahannam adalah:

  • Orang-orang Kafir
  • Orang yang suka derhaka dan suka melakukan kejahatan
  • Orang suka melakukan dosa
  • Orang yang tidak mensyukuri nikmat yang diberikan Allah SWT
  • Orang yang menentang ajaran para Rasul dan Nabi
  • Orang-orang munafik

NAMA-NAMA ANAK LELAKI / ANAK PEREMPUAN ISLAM

Neraka Ladza

7 Nama-Nama Neraka serta Penerangan Mengenainya

Neraka ladza dikatakan neraka yang mempunyai rimbunan api yang konsisten. Neraka ini mempunyai rimbunan api yang tersangat panas. Firman Allah SWT,

Maksudnya: “Sebab itu Kami memperingatkan kepada kamu dengan Neraka Luza (neraka yang menyala-nyala). Tiada yang masuk ke dalamnya selain orang-orang yang celaka. Iaitu orang yang mendustakan agama dan berpaling daripadanya”. – Surah Al-Lail, ayat 14 sehingga 16

Ciri-ciri penghuni Neraka Luza adalah:

  • Orang yang berpaling dari agama Islam
  • Orang yang menjadi pendusta kepada agama Islam dan ajarannya
  • Orang yang sibuk mengumpulkan harta tanpa mempedulikan halal haram sumbernya
  • Orang yang menyimpan harta tanpa mahu mensucikan sumber pendapatannya

Neraka Hutamah

7 Nama-Nama Neraka serta Penerangan Mengenainya

Perkataan “Hutamah” membawa maksud kepada menghancurkan sesuatu. Nama neraka ini disebut sebanyak 6 kali dalam al Quran. Firman Allah swt:-

Maksudnya: “Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)! Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam “Al-Hutamah”. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Al-Hutamah” itu? (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), – Yang naik menjulang ke hati; Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka. (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.” – Surah Al-Humazah ayat 1 – 9

Ciri-ciri penghuni Neraka Hutamah adalah:

  • Orang yang suka mengumpat, membawang, mengata, menghibah, dan mencaci maki orang lain
  • Orang yang mengumpulkan harta tetapi bersifat bakhil atau kedekut

Neraka Sa’ir

7 Nama-Nama Neraka serta Penerangan Mengenainya

Perkataan “Sa’ir” membawa maksud nyalaan api. Dalam al Quran, nama neraka ini disebut sebanyak 15 kali. Neraka ini menjadi tempat bagi orang yang melakukan kesalahan memakan harta anak yatim dengan cara yang salah dan zalim. Firman Allah SWT,

Maksudnya: “Bahawasanya orang-orang yang memakan harta anak yarim dengan aniaya, sesungguhnya mereka memakan api sepenuh perutnya. Dan nanti mereka akan dimasukkan ke dalam Neraka Sair”. – Surah An-Nisa, ayat 10

Ciri-ciri penghuni Neraka Sair adalah:

  • Orang yang ingkar dengan segala yang diturunkan oleh Allah SWT
  • Orang yang terpedaya dengan kehidupan dunia dan godaan syaitan
  • Orang yang tidak mematuhi perintah Allah SWT
  • Orang yang tidak beriman kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW
  • Orang yang memakan harta anak-anak yatim
  • Orang yang menidakkan hak-hak anak yatim

Neraka Saqar

Perkataan ‘saqar’ merupakan istilah yang diambil daripada ‘saqara’. Ia membawa maksud sejenis perbuatan menandai sesuatu dengan menggunakan haba yang panas membara. Sifat-sifat penghuni neraka saqar ialah orang yang tidak mengerjakan solat, tidak bersedekah, tidak berlaku adil serta kerap bercakap tidak benar. Firman Allah swt:-

Maksudnya: “(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): “Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?”. Orang-orang yang bersalah itu menjawab: “Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;”Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin; “Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya; “Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan, “Sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini”. – Surah al-Muddaththir ayat ke 42 hingga 47.

Ciri-ciri penghuni Neraka Saqar adalah:

  • Orang yang ingkar dengan tanggungjawab dan urusannya kepada Allah SWT
  • Orang yang percaya kepada perkara-perkara bidaah
  • Orang yang tidak solat
  • Orang yang tidak percaya kepada hari pembalasan

Neraka Jahim

Perkataan ‘Jahim’ membawa maksud api yang berkobar-kobar. nama neraka ini disebut sebanyak 25 kali di dalam al-Quran. Firman Allah SWT

Maksudnya: “Dan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah Neraka Jahim”. (Surah Al-Maidah, ayat 86)

Ciri-ciri penghuni Neraka Jahim adalah:

  • Orang yang berdosa
  • Orang yang melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT
  • Orang yang derhaka kepada Allah SWT
  • Orang yang bermegah-megah dengan apa yang diperolehnya dan tidak mahu membelanjakan hartanya di jalan Allah SWT
  • Orang kafir yang mendustakan ayat-ayat Allah SWT
  • Orang yang berusaha menentang ayat-ayat Allah SWT dan para utusan-Nya
  • Orang yang suka melakukan dosa besar seperti berzina, membunuh, minum arak, dan mendustai agama Allah SWT

Neraka Hawiyah

Perkataan ‘Hawiyah’ berasal daripada perkataan akar ‘hawa’ yang bererti tergelincir atau terjatuh. Neraka ini dianggap sebagai aras neraka paling ringan dan kurang seksaan hukuman terhadap para penghuninya. Ciri-ciri penghuni Neraka Hawiyah adalah orang yang ringan amalan baiknya

Ia adalah berdasarkan kepada firman Allah swt:-

Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya, Maka tempat kembalinya ialah “Haawiyah”. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Haawiyah” itu? – Surah Al-Qaari’ah: ayat 8 – 11

7 Nama-Nama Neraka serta Penerangan Mengenainya 7 Nama-Nama Neraka serta Penerangan Mengenainya

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI