BEBERAPA JAM BERSAMA SHAHRIZAL

image

Petang jumaat yang diisi bersama dengan Shahrizal – kawan lama since belajar di UiTM Shah Alam dulu. Gigih pakcik tu nk cari hadiah untuk Anis esok. Sampai ke Times Square katanya. Pengsan.

image

Tangga yang mengeluarkan bunyi piano kalau orang pijak. Kreatif.

Apapun, kita makan dulu di Old Town White Coffee area GSC Cinema dulu. Tempat ini bagi 1001 kenangan untuk aku. Tempat aku selalu lepak makan time aku study dulu hahahaha. Disinilah aku mengenal erti Kopitiam, Roti bakar yang dimakan dengan madu dan telur separuh masak hahaha.

image

image

Aku rasa agak lapar time tu, so order je nasi lemak dan air lemon yg diletak madu. Si Shahrizal plk makan mee kari

image

image

Memang banyak menu fav aku kat Old Town White Coffee nie. Cuma aku makin jarang jarang singgah makan sini hahahaha. Takut gian sokmo nak makan sini.

image

image

Gigih pakcik nie berfikir nak bagi hadiah apa kat Anis Mirza Suhaila yang akan berkahwin dan bernikah esok. Kawan baik Shahrizal time study dulu.

image

Dek kerana tak dapat nak fikirkan nak beli hadiah apa, so we decided pergi ke AEON Setiawangsa je yang terletak di area rumah Shahrizal. Senang beli hadiah kat sini. Ada service bungkus hadiah percuma.

image

Ok, tadaaaaa. Siap pun. Kami berkongsi beli hadiah kipas angin yang kecik tu. Hahahaha. Senang dam ringin. Musim panas nie mesti diorang pun nak berkipas lebih. Amat berguna tu. Aku pun senang nak angkat kehulu hilir.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI