AUSTIN STEAKHOUSE BANGI

Dalam suasana tegang, pilu dan lara (konon), semalam secara tiba tiba hati aku tergerak untuk makan di luar. Oh, makan steak di Bangi pun Ok gak. Pada masa yang sama, aku try search D’One Steakhouse Bandar Baru Bangi yang pernah masuk JJCM. Hairan, aku tengok banyak review negative mengenai restauran ini. Sedangkan dalam JJCM tempat ini nampak mcm best je. Mungkin management sedikit lemah kot… Sedih

Plus, once aku seach steakhouse bangi di google..pasti nama Austin Steakhouse Bangi yang akan keluar. Asalnya aku abaikan je. Tapi lama kelamaan, aku mcm tertarik pula. Yelah, banyak review positive daripada pengunjung yg makan ke situ. Kira good impressionlah juga kan?

So, aku dan officemate aku pun pergi ke sana dgn penuh rasa yakin dan kelaparan. Alhamdulillah, langkah kanan kami berjaya. Berkat usaha google maps dan tanya kawan, kami sampai ke tempat yang dituju. Syukur cz perjalanan malam itu buat aku temui banyak tempat yg mcm best spt : sup urat dan red wok. Kalau best, aku pun nak try gak nanti. Insyaallah

Tempatnya ala ala omputih punya style. Agak menarik punya theme dan decoration.

Kami order steak + spagetti + smoke salmon + air limau + air barli. Total makan kami pada malam itu ialah RM41.50 cmtu. Kira agak berbaloi juga lah berbanding makan di Chilli’s atau TGI Friday’s.

Spagettinya sedap. Tapi mesti lagi sedap kalau ada meatball kan? Rasa kuahnya manis.. Tambah gula la tu. Kuantiti kuahnya pun memang banyak. Kira tak kedekut kuah lah gamaknya.

Steaknya pula agak sedaplah juga. Cuma agak liat + kuahnya agak masin. Tapi overall sedap lah kan. Tekak masing masing.

Salmonnya pula bagi aku agak kureng sedikit. Yelah.. Banyak tulang kot! Mungkin bukan kepakaran mereka.

Airnya pula banyak.bbaloi dgn harga yang dibayar. Puas hati.

Mungkin next time boleh datang lagi. Bawa beberapa orang kenalan yang aku rasa boleh ngam.