LEPAK TENGOK TV DI NILAI SPRINGS RESORT HOTEL

image

Hairan, namanya Resort Hotel – bukan Resort & Hotel. Emmm, dekat je rupanya Nilai dengan tempat tinggal aku. Tak sampai setengah jam – area 25KM sahaja. Datang awal dan lepak diam2 kat bilik sambil tengok cerita hindustan kat NTV7. Time nie je lah aku tengok TV hahaha. Lain2 waktu, aku surf internet je. Pengsan.

image

Memang cantik kawasan sekitar Nilai Springs Resort Hotel nie. Hijau sokmo. Best jugak nie kalau dapat berenang. Sadly aku tak reti berenang sangat haha. Kalau tak, dah lama aku terjun.

Nak main goft tak reti + tak mungkin berpeluang nak main. Tengok je orang main dari jauh.

image

image

Yeah, aku check in 1st dahulu kat bilik nie. Aku rasmikan dahulu bilik nie hahaha.

image

image

image

image

Not sure berapa bintang tempat nie. Tapi nampak macam mewah je. Sesuai untuk ber conference kot. Tapi, walauapapun secara peribadinya aku lebih suka konsep bilik di Marriot Hotel Bukit Bintang. Lebih ‘lembut’ gayanya.

Suatu pengalaman yang mungkin hanya akan datang sekali seumur hidup.

Serba serbi, semuanya mencukupi disini. Yang penting, ada wifi free. So, bolehlah surf apa yang patut + main game. Sambil sambil tgk AXN dan Fox. Rumah tak ada Astro. So, kat sini lah aku nak pulun tengok sampai lebam haha.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI