Resturant arab tumbuh bak cendawan kat kawasan lembah klang + Putrajaya + Cyberjaya sekarang nie. Especially Cyberjaya – banyak giler restaurant arab di NeoCyber.
Hujung minggu lepas aku singgah makan di Sana’a Restaurant. Terletak di sekitar Restoran Mat Ayam Kampung jugak. Heaven betul suasana malam kat sini. Meriah u ollzzz.
Dalam banyak banyak deretan kedai makan kat NeoCyber nie, aku tengok Sana’a Restaurant ini paling ramai pengunjung. Aku pantang tengok kedai makan yang ramai orang. Hati memang terus nak merasa jugak hahahaha.
Aku takut nak ambil gambar sekitar restaurant ini. Ramai sangat student2 dari negara timur tengah dan tan tan country. Ganas ganas dan besar besar belaka orangnya.
Not bad jugak harga dan menu yang disediakan. Tapi sedih cz mostly tak memenuhi selera aku sangat. Banyak yang berasaskan kambing bagai.
Aku order Maghot Chicken, Kabsyah Chicken, Honeydew Milk dan Manggo Milk. Harganya memang nampak lebih murah berbanding restaurant makanan arab yang lain. Nice one.
Gambar atas Kabsyah Chicken dan gambar bawah Maghot Chicken.
Maghot chicken nie lebih kurang Nasi Pakistan pun ada jugak cz rasa rempah ratus dan bunga cengkihnya. Rasanya makanan arab nie tambah tolak bahagi darab lebih kurang sama je kot.
Nasinya pun sedap dan lebih panjang dan lembut berbanding nasi nasi yang pernah aku makan sebelum ini di Restoran Arab. HEBAT.
Sadly, aku tak boleh habiskan makanan yang aku order nie. Reason : ayam yang dihidangkan terlalu besar, banyak daging dan rasa hanyir sedikit. Ada beberapa bahagian yang tak cukup masak. Aku pantang makan makanan berdaging yang hanyir dan tak cukup masak.
Air yang di order memanh nyum nyum. Sedap dan berlemak plak rasa susunya hihi. Pelik jugak ek menu masakan orang Yemen nie.
Wawa kata, restoran ini pernah masuk JJCM dek kerana rotinya yang besar. Aku memang ada nampak orang order menu roti yang besar. Tapi tak tahu plak restoran ini pernah masuk JJCM hahaha.
Tapi kan, berdasarkan kepada pengalaman aku, mana mana restoran yang pernah masuk JJCM dan aku terus pergi try makan – mmg xberapa mmenuhi selera aku. Aku anggap ‘sebaliknya’.
Sekadar pandangan dan selera peribadi.