Lewat petang ini, kami diberi kelonggaran untuk bersantai kat mana mana. Ala ala suka hati nak buat apa. I like hahaha. Memang teringin nak menikmati suasana dan pemandangan pantai kat sini. Sambil sambil tu, boleh cuci mata tengok orang mandi hihi.
Makin lewat petang, makin ramai plak yang mandi. Masyuk pakcik tengok. Geram nyum nyum.
Apapun, suasana resort di Thistle Port Dickson ini memang terasa privasinya. Selesa dan tidak terlalu ramai orang. Very the 5 bintang.
Thistle Port Dickson ini terletak di tepi pantai, so memang depan mata tu pantai je lah. Anytime boleh terjun haha. Kalau pergi waktu pagi mesti lagi syok cz air tengah pasang. Macam macam boleh buat.
Pantainya tak lah secantik Langkawi atau Phuket. Tapi boleh lah kan nak lepas geram / feel good factor kat tepi pantai.
Tetiba dapat idea untuk tulis benda bukan bukan atas pasir yang basah nie. Cepat cepat tulis, ambil gambar dan padam terus lepas tu hahaha. Malu 🙂
Sambil sambil bersantai tu, layan kawan kawan baru daripada pejabat lain. Time nie lah nak kenal kenal pun. Nak harapkan kenal time waktu urusan rasmi memang tak jadi lah huhu.