Ceramah terakhir untuk Media Workshop semalam ialah daripada Dato’ Hussamuddin Yaakob – Pemilik dan pengasas Kumpulan Karangkraf. Pemilik akhbar Sinar Harian.
Aku duduk sebelah big bos aku semalam. Tetiba dia duduk di tengah tengah antara kami berdua. Oh, aku rasa macam aku dapat cebisan Aura dia je rasanya. Siapa tahu, oneday pun aku akan jadi someone macam dia huhu.
Dia tandatangan sijil kami dan aku pula secara tidak langsung membantu dia untuk urusan tu. Pengsan. Orangnya kecil molek je pun. Aku yang comel nie pun terasa hilang kecomelan cz duduk sebelah dia. Pengsan lagi.
Rugi cz time sesi ceramah dari beliau, aku duduk belakang. Datang agak lewat sedikit cz uruskan super big bos nak balik pejabat. Memang seronok dan terhibur dengan ceramah daripada Dato Hussamudin ini. Penuh dengan strategi, kreativiti dan sempoi.
Beliau banyak berkongsi pengalaman dan strategi pemasaran akhbar Sinar Harian oleh syarikat beliau. Kreativiti seperti ini yang aku mahu dengar 🙂
Beliau ada keunikan dan semangat yang aku mahukan.