TUKAR 8 BIJI TAYAR

image

Pakcik rasa macam dah sesak nafas dan senak kat perut. Bayangkan, dalam satu bulan kene tukar tayar untuk Viva Rina Natasya dan Vios Aloya Ariana Alaisyah. Pengsan fikir nama diorang.

image

Rupanya ada tips dan cara untuk menjaga tayar kereta supaya lebih tahan lama dan jimat kos. Selang setahun kene swap tayar depan dan belakang. Kemudian kene jaga alignment dan balancing kereta. Jangan suka suka langgar sana sini. Tips ini Abang Mie yang ajar. Kalau tak, selama ini aku buat dek dan tak tahu je. Sentap mendengarnya.

image

Tak tahu plak rupanya tayar Vios Aloya Ariana Alaisyah bertayarkan 14 inci. Same like Viva Rina Natasya. Spesis Elite kot. Normally, orang pakai 15 inci untuk kereta jenis nie. Harga sebiji tayar ialah RM165 jenama Continental. Pastu tukar RIM RM950 + RM120 + RM40 untuk nat nat bagai. Jual balik tayar yang sudah tak pakai tu RM10 sebiji. Tambah tolak semua totalnya ialah RM1.5K lebih.

image

Bengkel kereta di belakang Sunway Pyramid ini moden sedikit cz diorang main angkat angkat bagai. Takut plak tengok.

image

Viva Rina Natasya plak guna tayar Good Year 14 inci. Dibuat pada tahun 2013 minggu ke 17. Yang nie Abang Mie dan Najib pun ajar jugak. Kalau boleh, cari tayar yang memang dibuat pada tahun yang sama dan beza beberapa bulan sahaja dari tarikh kita nak pakai. Katanya.

Harga untuk tayar Good Year 14 inci ialah RM640 untuk 4 biji. Seperti biasa, alignment dan balancing percuma.

Memang beza jugaklah feel pemanduan dan keselesaan semasa memakai tayar baru. Lebih lembut dan senyap.

Abang mie kata, kat mana mana kedai tayar pun harganya lebih kurang sama. Tambah tolak lebih kurang sama je katanya. T&C .

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI