Sudah tiba masanya Cici Esmidar Gonzales bertemu cinta hatinya. Dok miang gersang sokmo. Tu yang hantar pergi kahwin tu. Mana tahu ada rezeki lebih kat situ huhu.
Aku hantar dia kahwin dengan Budak lagi. Senang nak handle. Lagipun dah kenal dengan owner Budak. Ini kali kedua diorang berkahwin. Harapnya, kali ini dapat anak lebih dan baby cat yang comel comel ahaks.
See, anak anak pun tak sabar nak dapat adik baru hahaha.
Budak makin kurus sekarang ini. Semuanya gara gara terlebih pancut dan sokmo kahwin je. Popular budak nie hahahaha. Banyak betina berkenan nak kahwin dengan dia. Pengsan.
Seperti biasa, cici akan jual mahal. Tak mau kat budak kononnya. Budak plak buat buat bodoh je hahaha.
Budak tak sabar menanti untuk memancut tu ahaks. Emm, aku bayar RM150 untuk mating service kali ini. Dah kenal, so dapat murah lah gamaknya. Sambil sambil tu, bertukar tukar pengalaman dan cerita mengenai penjagaan kucing dan business kucing ini. Lumayan dan bahagia u ollzz.
Memang tengah popular business kucing ini. Lagi lagi kucing parsi. Memang demand kat pasaran. Katanya sampai mencecah RM2.5K kalau pelik dan unik kucing tu (walaupun tanpa sijil).
Untuk kucing yang diimport plak, harganya lebih kurang Rm4.9K seekor atau RM9K untuk sepasang (ada sijil). Business import kucing memang rancak berjalan katanya. Selalunya daripada negara negara Eropah like Bulgaria, UK etc.
My big boss pun pernah bercerita yang dia baru sahaja beli 5 ekor kucing dari UK. Pengsan aku mendengarnya.
Aku pun sedang mendalami business kucing ini secara lebih serious lagi. Emm, tengah servey kucing jantan warna hitam / kelabu untuk dijadikan baka. Pada masa yang sama, aku dah kene fikir untuk dapatkan jantan jantan untuk Soxie, Mia dan On J. Akhir tahun ini diorang dah boleh dikahwinkan – usia 1 tahun.