Seronok plak aku selepas ada akaun tumblr nie. Semua gambar parking je kat situ dan kemudiannya tarik je dari sana kalau nak paparkan dalam blog mykeledek.com ini hahaha.
Tadi malam, sebaik sahaja hantar Cici pergi mating dengan Budak, aku terus pergi jalan jalan di Floria Putrajaya 2013. Nasib baik hari tu program berlangsung sehingga jam 12 tengah malam. Aku sampai pun area jam 9.30 malam. Imprezz cz still ramai yang berpusu pusu datang macam aku. Pengsan.
Gelap, so memang tak berapa nak nampak sangat booth booth dan khemah yang ada kat situ. Lagipun time tu memang ramai giler orang. Rasa macam tak berapa selesa nak ambil gambar.
Cantik dan menarik dengan dekorasi / landskap yang diorang buat. Masing masing dok posing sana sini. Memang buat dek je even time rasa macam jerebu agak berdesing baunya hahaha.
Seriously, aku still tak puas / habis jimba jimba kat Fiesta Putrajaya 2013 ini. Agak tak selesa nak jalan lama lama kat sini cz keadaan jerebu yang buat aku tak selesa. Bau asap kuat sangat. Buat tekak / hidung aku tak selesa.
Rasanya, landskap untuk tahun ini nampak lebih baik daripada tahun lepas punya. Jerebu betul betul buat mood aku down. Pengsan.
OK, layankan sahaja gambar gambar yang sempat aku ambil tadi malam. Cantik pulak gambar guna Sony SLT A35 ini huhu.
Lain lain gambar tu, boleh refer kepada TUMBLR aku 🙂