Seperti yang telah dijangka, mesti cici akan jadi kurang sihat sebaik sahaja balik dari mating 🙂 Kucing baka dia ini memang lemah kot. I think so.
Hari ini dia berak cair. Habis satu rumah berbau najis dia hahaha. Pastu, anak anak dia dok menderam each other. Maybe cz bau jantan pada bulu bulu cici tak hilang sepenuhnya lagi kot. That why aku mandikan Cici untuk kali kedua.
Kesian Cici. Dia jadi lemah cz penat bertarung diranjang kot ahaks. Untuk mating kali kedua dan seterusnya, mak kucing memang akan lebih agresif bebanding mating yang pertama. Tempoh mengawannya lebih sekejap dan cepat berbanding mating untuk kali pertama.
Walaubagaimanapun, ia tetap tidak menjejaskan bilangan sperma yang akan mencari cari ovari ahaks. Sekejap pada tahap kepuasan yang sama. Pengsan.
Hari ini aku nampak anak anak kucing dan mak kucing ni seakan tidak menjamah langsung makanan yang disediakan. Masih tidak biasa kot. Tapi, sebaik sahaja Cici dimandikan untuk kali kedua, anak anak dia agak kurang menderam. Memang sah diorang tak suka bau busuk kucing jantan pada Cici. So, kene mandi wajib 2 kali hihi.