Diam tak diam, semalam 1 Julai 2013 aku dah genap 4 tahun bekerja di tempat aku kerja sekarang ini. Start bekerja pada 17 Feb 2009 di Celcom HQ dan berhenti area bulan Mei tahun yang sama. Sebab berhenti? Aku menerima tawaran bekerja di tempat sekarang ini – lapor diri pada 1 Julai 2009.
Tak sedar pun. Ingatkan baru 3 tahun. Tapi rupanya dah masuk 4 tahun. Rasa macam semalam je jadi budak hingusan yang masuk ke dalam corporate communication. Budak hingusan yang ‘bengap dan bebal’ serta busy bercinta sana sini yang akhirnya menjejaskan pelajaran Ijazah. I desere more if let say tak terjerumus bercinta cintun sana sini.
Aku dah mula tepu dan tahap dewa dewi di tempat kerja aku now. Rasa macam dah kurang mencabar pun satu hal jugak. Aku perlukan angin baru dan lebih fresh. Pada masa yang sama, perlu fikirkan better income dan asset lebih 🙂 .
Berpengetahuan dalam bidang Math dan akaun. Tapi bekerja dalam bidang komunikasi korporat yang mengfokuskan kepada medium online. Dilema betul!
Tapi kalau rezekinya dah ditentukan disitu, terima dengan redha je lah. Tawakal dan menerima dengan hari terbuka. Insyaallah, akan ada pelangi indah selepas tu. Gitew katanya.