BERURUT DENGAN OKU

image

Sabtu lepas, aku dok jalan jalan amik gambar di Floria Putrajaya 2013. Banyak gak gambar yang aku ambil. Kali ini, aku yang mencapap. Banyak kot gambar aku ambil. Nice dan sweet sangat ahaks.

Penat ambil gambar, aku singgah berurut kat some side yang ada kat situ. Da banyak jenis urutan. Aku amik gerai yang diurut oleh OKU. Sambil sambil tu boleh membantu mereka.

image

15 min RM10 dan aku ambil setengah jam untuk RM20. Time tu ongkos agak limited. So, tak dapat merasa nak urut badan. Kalau tak silap aku, kos untuk urut badan ialah RM50. For sure kene tambahan RM5 camtu untuk add on minyak huhu – normally.

Kalau nak diikutkan, diorang buka gerai urutan di Pasar Tani Putrajaya. Selama ini aku sendiri tak tau pun diorang ada buka gerai urut di Pasa Tani Putrajaya hahaha. Kemudian, diorang pun katanyq ada buka gerai urut kaki di Laman Perdana pada hari sabtu (petang).

Diorang ada buat service urutan badan jugak dari rumah ke rumah. Just call sahaja. Kosnya katanya RM70 katanya.

image

Waaah, aku banyak pulak berpromo kat sini. Aku banyak bertanya dan berbual dengan mereka time berurut tu huhu.

Oleh kerana aku nie kecik, so memang aku request untuk urut perlahan lahan je hahahaha. Sabar je lah.

Habis je urut kaki, aku terasa ringan semacam kat bahagian kaki. Memang syok ahaks. Next, harap ada kesempatan untuk urut badan plak. Selama ini, arwah nenek aku je yang dok urut aku + kedai urut di Axis Atrium Ampang + Phuket. La nie, since dah meningkat dewasa aku rasa perlu berurut dari masa ke semasa. Untuk kesihatan katanya. Pengsan.

Ramadhan dan raya pertama tanpa nenek.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI