Walaupun datang hanya untuk bertandang, bilik untuk berehat kena ada juga. So, booking bilik siap siap – RM140 camtu. Tak banyak aktiviti yang boleh dibuat disini. So, jz menikmati pemandangan ekosistem kat sini je. Very the mat salleh bandar hihi.
Not bad jugak dengan chalet yang disediakan. Tapi yang tak syoknya tu, tv channel kene cari sendiri. Diorang tak sediakan kemudahan Astro di bilik. Sentap.
Serba serbi kemudahan yang disediakan disini kira cukuplah jugak. Air Condition pun sejuk banget cz guna 1.5 power horse jenama York. Gitew.
Kawasan hutan, pastu dibaginya air condition. Memang makin sejuk lah gamaknya dalam bilik tu.
Kemudahan bilik air pun OK. Cuma bagi aku macam tak berapa syok plak dengan pengudaraan dalam toilet nya. Bau semacam je. Tak pasti salah batu/jubin yang digunakan atau pengudaraan atau sistem saliran.
Pemandangan dari dalam bilik memang cantik. Menghadap tasik Chini u olllz. Tapi yang sentapnya cermin bilik tu tak gelap. Dari luar boleh nampak. Aiii, aku tak selesa plak nak berlenggeng. Takut orang intai plak. Aku ni dah lah teruna hensem kacak tampan. Kene jaga body untuk bakal isteri katanya. Pengsan hahahaha.
Cantik kan? Yang penting, kat belakang rumah aku tak ada.