Hari ini, secara tidak rasmi aku berjanji untuk masak kerang kicap. 1st time masak kerang dengan kicap nie. Selalunya kerang ni masak rebua atau bakar atau sambal je. Tak tahu plak ada orang yang masak dengan kicap. Tu yang aku nak cuba tu hihi.
Juadah berbuka puasa aku untuk hari kedua ramadhan ini banyak dipengaruhi oleh Rohaya Priman yang berbangsa Melanau Sarawak. Sedikit sebanyak aku belajar akan cara hidup orang Sarawak – especially bab makan makan hihi.
Rohaya dan Wawa memang selalu gak makan kerang masak kicap ini. Emmm, aku plak dok tambah aroma masak kicap tu dengan rempah ratus 3 beradik. Aiii, tak rasa lagi masakan aku tu. Puasa, macam mana nak rasa. Aku main agak agak je.
Resepinya saling tak tumpah dengan ayam masak kicap. Cuma bezanya tukar ayam dengan kerang je hihi. Harap sesedap rasa dan tak masin kerang aku tu ahaks.
Menu kedua aku untuk juadah berbuka puasa hari kedua ini ialah sambal tumis yang dimasak dengan belacan sarawak. Aku memang suka giler dengan aroma belacan sarawak ini. Katanya dibuat sendiri oleh ayah Rohaya. Nampak gaya serba serbi family diorang ini macam multipurpose. Semua boleh buat sendiri. Teruja plak. One day aku teringin nak bercuti ke sana dalam 3 atau 5 hari. Gitu.
Yup, aku gemar mengembara dan belajar cara hidup orang.
Menu ketiga aku pula ialah sayur pucuk paku goreng. Kecik kecik, inilah menu kegemaran aku (selain daripada pucuk manis). Pucuk paku ini tumbuh liar di kebun sebelah rumah aku dulu. Memang jimat kos betul dulu. Tak payah susah susah beli sayur bagai. Pastu pucuk manis atau pucuk ubi plak memang ditanam area rumah. So, memang makanan depan mata je hahaha.
Syukurlah.
Aku lama nak balik kampung. Rindu nak balik kampung. Rindu nak bersihkan rumah. Rindu nak bakar sampah aka pelepah kelapa sawit huhu.
Semoga mak aku sihat sihat dan bahagia sahaja di rumah. Insya Allah.