Plan asal, aku nak masak based on ikan masin yang wawa bagi. Tapi dok kerana esok nak balik kampung dan aku kena habiskan daging ayam huhu.
Jadi, aku masak ayam goreng kunyit je lah ayam tu. Memang dah plan dari awal pun nak masak ayam goreng kunyit hihi. Nyum nyum. Buat pertama kalinya aku memasak one of my fav dish ahaks.
I did it. Aku tukar kacang panjang + lobak dengan tomato. Malas nak tambah stok sayur kat rumah. Tak sangka sedap plak aku punya masakan ahaks. Aku rebus dulu ayam tu dengan garam, bawang putih dan halia. Lepas tu aku gaul daging ayam tu dengan rempah kari dan kunyit. Pastu goreng yummy yummy. Kemudian, aku toskan dan goreng semula dengan cili, tomato dan bawang besar. Make sure bawang besar tu digoreng sedikit garing dan keluar aroma nyum nyum dia tau hahahaha.
Tak sah hidangan aku tanpa sayur sayuran. So, aku masak kobis dengan fishball + santan. Very the citarasa kampung hihi.
Pastu, aku makan dengan sambal belacan dan juga ulam ulaman petai bagai ahaks. Aiiii, banyak plak aku masak beberapa hari ini haha.
Tak cukup selepas tu, sebaik sahaja habis solat terawih aku keluar pergi Secret Recipe beli 2 slice cake – Turkies Indul dan Choc Banana. Sabar jelah.