BALIK KAMPUNG HUJUNG MINGGU

image

Aku balik kampung sekejap semalam pagi dan balik semula ke rumah pada tengahari tadi. Saja nak merasa berbuka puasa dan bersahur bersama family. Semua balik kampung semalam, termasuk adik aku.

Sambil sambil tu, nak gak tengok projek buat dapur kat rumah. Secara kebetulan, haritu last day diorang kerja. Tepat tepat pada hari kepulangan aku. Sabar je lah haha. Untuk pasang jubin tangga, dapur sinki dan bilik air serta paip air tu diorang bagi free je. Promosi dan amal jariah katanya. Syukurlah nak. Buat dapur gitu gini je RM46K gak jalan. Pengsan.

image

Sambil renovate rumah tu, sekali dengan tukar apa apa wayar elektrik kat rumah yang dah uzur. Dah lama sangat tak tukar wayar utama kat rumah tu. Semua ikut teknologi baru. Siap bersarung bagai dan tukar kotak suiz utama. Insya Allah lebih selamat berbanding yang lama.

Aku sendiri tak tahu akan dapat bilik yang mana. Now kat kampung dah ada 2 bilik atas dan 2 bilik bawah. Aku xkisah pun duduk bilik mana. Jarang balik. Share bilik dengan mak aku pun ok gak hihi.

image

Ini anak sedara 2nd aku. Kecik kecik dah ada bantal busuk. Kuat ,menangis dan cengeng. Mak dia tengah mengandung anak lagi nie. Tak tahu bila delivernya. Kesian, kecik kecik dah nak ada adik. Pengsan.

Aku ada 3 anak saudara now. Saudara mara sudah ada yang bertanya bila aku nak kawen nie. Sudah ada calon ke? Pengsan.

image

Tak banyak yang boleh aku share dikampung. Cz singkat sangat kat kampungnya hihi. Lagipun aku cuti agak lama time raya nanti. Kasi topup mana yang kurang ahaks.

Akak aku tak sempat nak masak untuk berbuka semalam. Sibuk kemas dapur. Dia sempat masak peria je. Aku plak beli ikan keli bakar, kari cakar ayam dan beberapa jenis air – soya, tebu dan mata kucing.

image

Tak ambil gambar sangat. Takut nanti orang kata jakon hahahaha. Apapun, aku memang giler makan kari cakar ayam. Dari kecik sampai sekarang, aku beli dari makcik yang sama huhu.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI