Aku bukanlah seorang penggemar makananan ekotik yang tegar. Dan aku pun tidak pasti samaada urat ketin ini boleh dikatogerikan sebagai makanan eksotik atau tidak 🙂
Lokasi : Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor. Google Maps sahaja 🙂
Takdir tuhan..aku diketemukan dengan tempat makan ini tatkala aku join jalan jalan cari makan dengan geng geng debat Su. Aku pulak, bukanlah seorang yang memilih sangat dalam bab makan ini. Main bedal sahaja. Lagipun makan ramai ramai..kira meriahlah jugak suasananya. Ahhh cerita lama tahun lepas. Sweet memory
Setelah beberapa lama, aku terserempak dengan kedai ini semula. Sangat menggamit memori. Itu pun terjumpa secara tidak sengaja semasa mahu pergi makan di Austin Steakhouse Bangi.
Restoran UK – SUP URAT KETING BANGIÂ ini nampak besar + servis yang diberikan pun bagus. Restoran aka kedai makan biasa yang ditambah nilai dengan penyediaan sup urat ketin (urat lembu) dan juga sate yang sedap.
Kiranya aku berpuas hati makan disini. Puas dari segi servis, harga makanan dan tempat. Lagipun BBM inikan tempat student UKM. Jadi, normally harga makanan yang dijual memang ikut kemampuan student la kot.
Aku sendiri sebenarnya lak lah suka sangat makan urat urat bagai nie. Tapi dah nampak pelik. Tu yang aku try jugak 🙂 lagipun kuah satenya sedap.