SHAMPOO UNTUK KUCING YANG BARU

image

Biasalah, masalah paling utama yang kene diatasi jika bela kucing yang berbulu lebat ini ialah – kutu. Dahulu, semasa 1st time bela Cici memang punya masalah kutu yang agak membimbangkan. Mula mula tidak lah bimbang sangat. Tapi selepas dia beranak 4 ekor anak, jadi takut plak cz takut kutu tu berjangkit kepada anak anaknya. Mana tahu membawa penyakit ke apa kan? Anak kucing parsi la katanya.

Tu yang guna Flea & Tick Shampoo jenama Petcare. Harganya ialah RM29 untuk 250ml. Untuk barangan penjagaan kucing, aku memang prefer produk yang diperbuat daripada herba (tidak guna bahan kimia). Lagi satu, aku suka baunya. Nyaman dan tak menjengkelkan hidung huhu. Dek kerana produk ini diperbuat daripada herba, jadi keberkesanan untuk selesaikan masalah kutu pun agak lambat. But its ok cz diorang pun memang satu family 🙂

image

Now, datang datang Hiroki banyak kutu lah plak. Dia suka benar menggaru garu telinga dia. Nampak sangat pembawa kutu yang tegar. Oleh kerana shampoo hijau tu dah habis, so memang kene cari shampoo yang baru. Try brand lain plak.

Kali ino jenama Vime-shampoo by vemedim. Harganya ialah RM40 lebih dan punya isi kandungan 300ml. Shampoo untuk kucing dan anjing serta yang seangkatan dengannya. Selepas beli tu baru teringat yang shampoo ini chemical haha. Pastu jenama dari negara Vietnam. Agak jarang aku nampak produk made in Vietnam. Imprezzzzz jap.

Aku suka bau shampoo ini. Memang wangi gile huhu. Rasa macam bau buah anggur ahaks. Tu yang time beli tak check chemical atau tak.

Baru try guna shampoo ini sekali – Hiroki. Memang wangi dan berkesan untuk bunuh kutu. Selepas dimandikan dengan menggunakan shampoo ini, memang tak nampak lagi si Hiroki ini dok menggaru garu. So, memang terbukti berkesan.
image
Oleh kerana ini adalah shampoo chemical so memang tak boleh guna selalu. Takut ada side effect plak. Alasan jer tu hahahaha. Walhal harganya mahal huhu.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI