BELI SANGKAR KUCING UNTUK HIROKI

image

Oleh kerana, aku memikirkan perangai buruk Hiroki yang suka buang air di depan pintu dan dapur sudah tidak boleh diselamatkan lagi…aku ambil keputusan untuk kurung sahaja dia dalam sangkar. Letih woooo kalau nak bersihkan najis dia sokmo. Stresssss dibuatnya.

image

Gigih pakcik pergi ke kedai menjual barangan penjagaan kucing di Taman Desa, KL. Ini kali kedua aku datang ke kedai ini. Kedai yang sama time beli Cat tree dan juga sangkar yang besar tu. Sangkar tu letak kat kampung. Senang kalau balik cuti panjang nanti. Tak terfikir plak yang si Hiroki ini akan buat perangai.

Harga sangkar ini ialah RM255. Sentap tak boleh kurang langsung. Saiznya ialah 30L x 21.5W x 48H dalam ukuran inci huhu. Tak tahu kalau beli kat kedai lain macam mana. Katanya lagi mahal. Hanggukkan ajer hihi.

Apa yang aku suka dengan sangkar ini ialah dia 3 tingkat dan agak selesa serta luas untuk Hiroki lepak lepak hahahaha. Pastu alas dia pakai tray. So, tak sakitlah kalau kucing dok kat atasnya.

image

Aku plan nak masukkan Hiroki dalam sangkar time dia lepas makan dan ala ala waktu kucing nak buang air. Kene get ready awal awal. Malam time nak tidur, awal pagi sebaik sahaja makan dan lewat petang sebaik sahaja lepas makan.

Sangkar tu plak aku nak letak sebelah bilik air kucing. Biar dia terbiasa. Harap berjaya. Bukan apa, aku tak nak dia buat perangai time ditinggalkan nanti. Kesian kat kawan yang nak tolong jaga tu. Takkan nak suruh dia bersihkan najis dia yang besepah. At least, make it proper dan dibuang pada tempat yang betul.

image

Seperti biasa, Mia Soxie dan On J akan mengacau dan merasmikan tempat ini dahulu hahaha.

image

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI