TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI YANG INGIN AKU LAWATI – PART 1

langkawi1

Amboi, sangat panjang tajuk entry ini. Yelah kan. Sambil menyelam minum air. Sambil aku sibuk mencari maklumat, sambil itu juga aku akan buat ‘nota kaki’ aku disini. At least boleh dibuat rujukan untuk aku nanti. Katanya.

Daripada pembacaan aku, ada 4 pantai di langkawi yang selalu menjadi tumpuan + popular :Pantai Chenang, Pantai Tengah, Pantai Beras Basah dan Pantai ‘Airport’. Pantai Chenang adalah pantai yang katanya selalu meriah sama ada di siang hari mahupun di malam hari. Kerana di Pantai Chenang telah menjadi tumpuan pengunjung untuk bermandi manda dan banyak sukan air ditawarkan disini seperti parasailing, banana bot dan jerski. Oleh kerana itu jugalah, tempat penginapan aku nanti terletak di pantai cenang juga 🙂 Boleh mandi manda sepuas puasnya. Sebelum ini, aku tak dapat nak mandi manda sangat kat Phuket Thailand. So, apa kata kita cuba nasib disini pula 🙂 Insyaallah

main-pantai-tengah

Pantai Tengah juga mempunyai daya tarikan seperti Pantai Chenang. Not sure lagi dimana kedudukannya + apa yang lain macam kat sini. Tak banyak info yang boleh aku perolehi di internet mengenai Pantai Tengah di Langkawi ini. Cuma yang aku dapat ialah ia terletak hanya sekitar selekoh jalan di belah selatan Pantai Cenang. Pantai Tengah pada dasarnya kesinambungan Pantai Cenang. Ia adalah yang terpanjang pantai di Langkawi. Khabarnya disini agak jarang jarang kedainya. Tak apa. Kita tengok nanti apa ceritanya.

basah

Manakala Pantai Beras Basah yang terletak di Pulau Beras Basah mempunyai pasir dan air yang lebih cantik berbanding Pantai Cenang dan Pantai Tengah. Pulau beras basah tempat untuk mandi-mandi & main permainan air tetapi harga agak mahal sedikit berbanding di Pantai Chenang almaklumlah katanya dah dekat pulau yang lain plak. Ini kalau sempat pergi. Kalau tak sempat pergi pun tak napa napa. Letih nak jalan banyak sangat tempat dalam satu masa.

l4

Pantai ‘Airpot’ pula masyur dikalangan pengunjung kerana menyajikan asam laksa yang sedap disamping anda disajikan pemandangan pantai yang cantik berserta landasan kapal terbang. OK, yang ini boleh masukkan dalam list tempat makan yang akan aku kunjungi nanti. Insyaallah.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI