MALAM PERTAMA HIROKI

image

Malam pertama Hiroki tido dalam kurungan nampak macam berjaya. Elok je pakcik tu kencing 2 kali dan buang air besar sekali dalam bekas yang disediakan. Boleh pun berak dan kencing kat atas sisa kayu pain yang aku bagi tu. Suruh berak kencing kat tempat mahal pun tak mahu. Nak jugak berak kencing kat atas lantai. Apa ke hangguk betul.

image

Seperti yang telah dirancang, syarat utama untuk Hiroki keluar dari kurungan ialah dia mesti berak dan kencing dahulu kat bekas tu. Kalau tak, memang haram aku nak keluarkan. Paksa jugak. Ada aku kisah.

Aku dah baca masa dia makan dan masa di buang air. Hahaha. Kucing jantan kuat makan kot.

Dan seperti biasa, selepas Hiroki keluar… Si Soxie dan Mia menyebuk nak masuk jugak. Jakon.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI