Katanya – produk penjagaan kucing (shampoo) jenama Anna ini popular dan dapat banyak testimoni positive daripada para pemilik kucing. Tagline Anna ini ialah CB’s Designer Pet Line. Jadi, boleh guna untuk anjing jugak kot hihi.
Betul ke term yang aku gunakan? Import sendiri. Kira up sedikit berbanding beli sendiri lah kan. Kata beli kat Amerika Syarikat. Pengsan.
Agak susah nak cari produk jenama ini di Malaysia. Kalau ada pun mesti mahal. Jadi, kalau dah teringin sangat tu memang ada baiknya beli sendiri daripada si pembuat produk ini. Its look like homemade product.
Oleh kerana penghantaran adalah melalui pos, kita kene pastikan pakej kuota yang diambil tu full fully digunakan. Takkan nak beli ciput je kan? Rugi lah bayar postage mahal mahal.
No need bagitahu harganya. Nanti pengsan mendengarnya + buat hati aku sentap hahaha. Tu tak termasuk postage nya haha. Tapi kalau baik dan bagus, apa salahnya kita beli lagi. Pastu beli lebih sedikit dan jadi pengedar rasmi untuk pasaran Malaysia dan nusantara. Chewah….angan angan besar tu.
Pembelian pertama ini temasuklah 2 botol pH Shampoo, 1 botol Face Wash, 1 botol Healthy Coat pH dan juga 1 botol Grooming Powder. Aku pun bukannya faham sangat step stepnya. Nasib baik dia bagi direction bagai. Follow je lah.
Siap tulis tangan lagi. Very the homemade. More info, boleh rujuk Caste Baths. Alamat orang tu adalah Hampton Virginia. Untunglah ko kucing…… yang penting shampoo tu tearless ok hahahaha.