Aku berasa kecewa dan tidak puas hati dengan perkhidmatan hospitaliti di Cenang Rest House Langkawi ini. Bayangkan, aku kene tunggu tekanan air ‘lebih’ kalau nak mandi. Cant imagine hari hari mendatang sepanjang aku menginap disini. Aku kene berserah dan mengharap agar semasa aku nak mandi tu, tak ramai orang yang guna air.
Bayangkan juga macam mana halnya kalau orang tu bawa baby dan nak buang air. Ko ingat kene ikut timing juga ke?
Time mengadu kat diorang, budak yang jaga tu pulak macam tak ada perasaan. Aku malas nak marah marah. Diam dan sabar je lah. Karang mood nak bercuti jimba jimba rosak pulak.
Terpaksalah beli tuala kat tepi tepi jalan – RM10. Area jam 10 malam camtu air baru ada. Huh, lega sebentar.
Tension aku kat Cenang Rest House bertambah lagi cz tiada anak panah tanda arah kiblat. Sangat tidak sensitif OK pengurusan di sini. Aku yakin owner Cenang Rest House ini orang melayu islam. 1st time aku menginap kat tempat yang banyak cacat cela seperti ini.
Secara peribadinya aku berpendapat perkara ini amat memalukan dan mengecewakan.