BERKUNJUNG KE GALERIA PERDANA, PULAU LANGKAWI

image

Destinasi seterusnya yang aku pergi ialah Galeria Perdana. Tempat ini diuruskan oleh Jabatan Muzium Negara. Tempat dimana segala hadiah dan pingat yang telah diterima oleh YAB Tun Mahathir sepanjang menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri.

image

Harga tiket dewasa untuk masuk ke sini ialah RM5 sahaja. Kemudian, untuk kamera pula ialah RM2 sahaja. Ingatkan tak boleh ambil gambar. Rupanya boleh hihi.

image

Terpegun aku tatkala masuk dalam galeria perdana ini. Besar yang amat. Jenuh nak habiskan.

image

 

Banyak betul hadiah yang beliau terima. Pastu pelik pelik dan mewah plak tu. Hebat betul.

image

Hiasan dalaman pada galeria ini amat menakjubkan. Cantik dan nampak mewah.

image

Aku perhatikan, kebanyakan hadiah yang diterima adalah berupa kuda. Tak kisahlah dalam bentuk gambar atau replika. Majoriti memang kuda. Simbolik betul.

image

Yang hebatnya, ada yang bagi hadiah berupa senapang dan pistol. Pengsan.

image

Kemudian, syarikat syarikat besar pun ada yang bagi kereta. Berbijik bijik aku tengok. Betul ke tu…

image

image

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI