ULASAN MAKAN DI RESTORAN HAJI RAMLI, PANTAI CENANG LANGKAWI

image

Inilah restoran paling dekat dengan tempat penginapan aku. Pastu orang bagi review OK dan kira OK bagi aku. Hari kedua aku makan kat sini hanya ambil Jenahak masak stim, sup kosong, sayur campur, telur dadar etc.

Berdasarkan kepada pengalaman 2 kali makan kat sini, aku rasa masakan kat sini tak lah berapa sedap sangat. Popular cz sini paling dekat dengan Pantai Cenang.

image

Nasihat aku, kalau datang Langkawi, elakkan makan di sekitar Pantai Cenang. Makan di sekitar kawasan kampung tempat orang tempatan makan. Ini nasihat daripada kawan yang tinggal kat sini.

image

Ini adalah resit untuk 2 kali makan kat Restoran Haji Ramli ini. Nasi putih RM1.50, Telur dadar RM3.00, sayur kangkung RM5.00, sayur campur RM7.00. Harga makanan kat sini sangat mahal bagi aku. Pada masa yang sama, aku merasakan bahawa kesedapan masakan disini biasa biasa sahaja. Minyak je lebih.

Yeah, anda bayar untuk makan. Jadi, anda berhak untuk mengomen dan membuat perbandingan.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI