KOMPLEKS HIG, LANGKAWI

image

Haji Ismail Group buat satu kompleks besar kat Pekan Kuah. Siap dengan hotel lagi tu u ollzz. Masih tidak siap sepenuhnya dan aku jamin kalau dah siap nanti, mesti meriah suasana kat sini. Makin masyuk la perniagaan Haji Ismail Group.

image

Tak banyak barang lagi yang dijual kat sini. Still prefer premisnya yang lama. Nampak macam tak semeriah mana. Barangan yang dijual kat sini pun tak banyak sangat. Kita tengok macam mana keadaannya sebaik sahaja kompleks ini beroperasi sepenuhnya.

Kat Haji Ismail Group ini ada jual periuk yang ala ala ajaib tu. Ada banyak brand yang seakan sama fungsinya. Masih lagi buat perbandingan terakhir haha.

Emmm, ada beberapa jenis coklat yang lebih murah kat sini jika dibandingkan dengan tempat lain. Aiiiii, susah nak buat perbandingan cz kita kene tengok dimana produk tu dibuat, tarikh luput, saiz, berat dan jenis.

Apapun, aku masih prefer Langkawi Saga sebagai kedai bebas cukai paling murah untuk coklat (secara keseluruhan).

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI