Sejak aku datang sampai aku nak balik, kat mana mana sahaja aku akan nampak lembu bekeliaran kat tepi jalan. Memalukan betul. Tuan punya lembu ni tak rasa bersalah atau bertanggungjawab betul.
Malam semalam, ketakutan aku ternyata benar terjadi. Ada satu kemalangan membabitkan lembu dan teksi. Lembu tu mati kene langgar. Tengok betul betul gambar tu. Lembu tu mati dilanggar tadi malam. Siapa yang nak angkat lembu tu? Kesian kat pemandu tu. Kemalangan yang ternyata boleh dielakkan dan sudah pastinya sia sia belaka.
Otak lembu betul. Sangat membahayakan pengguna jalan raya + memalukan pelancong yang datang ke Langkawi. Entah apa fungsi pihak berwajib, tak tahulah.