Nampak gaya, macam Beras Terbakar Padang Matsirat ini sahaja yang banyak menjual kain batik, kain pelikat, gamat etc. So, nak beli apa apa, memang kat sini je lah. Aku tengok, banyak je bas bas persiaran yang turunkan makcik makcik pelancong kat sini. Borong sakan.
Aku sendiri tak tahu berapa harga jualan di tanah besar untuk kain pelikat dan batik ini. Main beli je. Beli 6 pasang, dapat RM30. Pastu beli kain samarinda pada harga RM25.
Banyak plak jenisnya minyak gamat ini. Aku beli yang RM10 untuk 15 botol hihi. Rasanya, dah banyak sangat minyak yang ada kat rumah. Takut tak terguna je.