Disini, aku akan kumpulkan kesemua entry entry aku yang berkaitan dengan pengalaman 4 hari 3 malam di Pulau Langkawi. Secara ringkasnya, aku menyimpulkan bahawa percutian aku kali ini agak kurang ummmppppphhhh!!.
Ada banyak faktor yang mempengaruhi mood aku sepanjang percutiannya. Antara yang paling utama ialah masalah gangguan bekalan air di tempat penginapan aku – Cenang Rest House, Pulau Langkawi yang sangat mengecewakan + amarah yang membahang bahang. Sila jangan ikut jejak langkah aku untuk menginap disini – nasihat peribadi.
- Bercuti Ke Langkawi
- Cenang Rest House (Inn) Pantai Cenang, Langkawi
- Tempat Menarik di Langkawi Yang Ingin Aku Lawati : Part 1, Part 2, Part 3
- Di Pulau Langkawi
- Sewa Kereta Nissan Almera
- 4 Hari 3 Malam
- Tidak Puas Hati Dengan Perkhidmatan di Cenang Rest House
- Restoran Haji Ramli, Pantai Cenang
- Malam Pertama di Pantai Cenang Langkawi
- Sarapan Pagi di Tomato Nasi Kandar, Pantai Cenang
- Pengalaman Di Laman Padi, Langkawi
- Menziarahi Makam Mahsuri
- Berkunjung ke Galeria Perdana
- Main Hujan di Telaga Air Hangat
- Makan Tengahari Di Restoran Jom Ikan Bakar, Padang Matsirat Langkawi
- Kedai Bebas Cukai Mana Paling Murah dan Berbaloi?
- Pemandangan Indah di Langkawi SkyCab / Oriental Village Langkawi
- Lagi Ketidakpuasan Hati Terhadap Pengurusan Cenang Rest House, Pantai Cenang Langkawi
- Pandangan Peribadi Aku – Makan di Restoran Haji Ramli, Pantai Cenang
- Sarapan Padi di Kawasan Penempatan
- Melihat Beras Terbakar
- Tengok Helang Besar di Langkawi
- Kedai Menjual Produk Berasaskan Gamat
- Berkelah di Pantai Kok, Langkawi
- Masalah Lembu Berkeliaran di Langkawi
- Makan di GP Halim Gulai Panas Airport (Gulai Kalot)
- Idaman Suri – Tempat Menjual Barangan Bebas Cukai Paling Popular di Langkawi
- Beras Terbakar – Tempat Membeli Cenderahati
- Coklat dan Periuk Ajaib – Vantage
- Cenang vs Patong
Jika ditanya, adakah aku ingin pergi lagi ke Langkawi?YES, besar kemungkinan aku akan pergi lagi. Time tu aku nak rancang betul betul perjalanan aku. If let say pergi sendiri pun aku sanggup. Ada banyak tempat yang boleh dilawati kat Langkawi ini. Cuma nak kene rancang betul betul. Tak boleh main redah je. Feel That Moment beb.
Aku nak juga merasa Mangrove 🙂 Yup, aku pencinta alam semulajadi. Mungkin juga next time nak jimba jimba Pulau Pinang – Kedah – Perlis. Cant imagine betapa bahagia dan tenangnya melihat tempat orang. Pengalaman yang menarik tu. Yang penting, nak merasa masakan tempatan ahaks