CherryPie Ryuu Hiroki

Nama kucing hitam ini CherryPie Ryuu Hiroki. Insyaallah, dia akan menjadi induk jantan untuk baka baka kucing aku yang akan datang. Bakal suami kepada Cici, Mia, Soxie dan Orange J 🙂 ahaks. 

Sudah nak masuk 2 bulan memiliki si jantan hitam yang pemalu ini. Still lagi dalam tempoh untuk mengajar dan mengenali karenah buang air besar dia. Not sure samaada dia ini jenis yang pembersih yang cerewet amat atau tak mahu berkongsi mangkuk tandas yang sama dengan kucing betina yang lain.

Alhamdulillah jugak lah cz so far dia dah boleh berasimilasi dengan kucing kucing betina yang lain. Siap main kejar kejar sana sini lagi.

Emmm, dek kerana still dalam tempoh mengajar dia untuk buang air di tempat yang betul, aku kurung dia dalam sangkar. Kalau dah buang air kecil + besar, baru aku lepaskan. Selagi tak berak + kencing memang aku tak akan lepaskan dia. Dia pulak macam dah tahu2 je timing nak kene masuk dalam sangkar. Sangat bijak dan well train ahaks.

Cantik pulak picture yang aku ambil via camera Alpha 35 ini. hahaha

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI