KENAPA HARGA KUCING PARSI MAHAL – PART 4

MATA PERLU KERAP DICUCI

Sebelum ini aku tak tahu pun mata kucing baka parsi ini perlu dicuci / dilapkan. Memang dok mengomel sokmolah kan cz kucing kampung taklah macam ni karenahnya. Tapi, ini semua bukan salah diorang. Dah memang ini kejadiannya. Semakin kemek mukanya, semakin tak reti nak bersihkan muka + perlu lebih kerap dibersihkan  mukanya 🙂

Lucky aku amik kucing warna hitam. So, tak nampak sangatlah kan. Tapi time dibersihkan, memang kotor banget seh haha. Tengoklah kucing aku yang warna putih tu. Susah benar nak bersihkan. Even dah bersihkan pun still nampak bekas kotornya. Maybe atas sebab tulah semakin kemek muka kucing tu, semakin mahal harganya.

1001 cabaran dan dugaan time membela / menjaga diorang. Dengan cara penjagaannya yang macam tu, takkan nak simply letak harga murah atau lebih rendah berbanding kos membela dan menjaganya? Logiknya disitu. But its terpulang kepada budi bicara dan urusan jual beli tersebut.

Then, kalau dah bela tu kene jaga dengan betul. Serba serbi keperluan kucing yang dibeli itu kene dijaga dan dipenuhi. Jangan pula dipukul atau dikasari tak tentu pasal. Memang jahat / nakal. Tapi berpada pada. Sekadar untuk ingatan bersama. Kita tak tahu di akhir sana macam mana. Boleh jadi mereka adalah ‘penyebabnya’.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI