SEMBUR UBAT KUTU

image

Baru sahaja buat semburan kutu kepada Ryuu Hiroki 🙂 ahaks. Dia punya masalah kutu sejak aku beli dia beberapa bulan yang lalu. Masalah kutu pada kucing berbulu tebal memang agak sukar untuk diselesaikan. Agak agak sampai hati dan malas nak fikir sangat akan masalah ini : gunting botak je bulu bulu kucing ini hihi.

Tapi kan, aku pernah nampak kucing yang baru lepas kene botak. Memang feeling down betul aku tengok dia. Muka sedih yang amat amat sangat. Mesti kutu kutu tu telah bermaharajalela sampaikan tuannya buat keputusan untuk botakkan kucing dia sahaja.

Dalam kes aku ini pulak, anak anak kucing yang lain OK sahaja. Masalah datang kalau beli kucing daripada orang yang tak (atau memang sengaja) menjaga kebajikan aka kesihatan kucing yang dibela. Hiroki adalah salah satu contoh terbaik. Time beli, memang aku tak aware akan masalah kutu dan vaksin. So, la nie kene bermula dari A to Z pulak huuuu.

image

Spray kutu ini dah beli lama dah. Kalau rujuk entry sebelum ini memang tau kot berapa harganya huhu. Pakaikan bekas skop macam dalam gambar tu. Jz to make sure kucing tu tak menjilat bulu bulunya.

Spray pada bulu bulu kucing tu dan tunggu semburan tu kering lebih kurang 24 jam. Nak kurang daripada itu pun boleh je. Cuma kene make sure dah kering je looorrr.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI