HARGA UNTUK PERSIAN CAT MATING SERVICE

download

Berapa harga pasaran untuk kahwinkan kucing parsi ( Persian Cat Mating Service )? Entah, aku sendiri tak tahu macam mana nak tentukan. Depend on pemiliknya lah kan nak letak berapa. Logiknya macam tu lah. Semakin unik kucing parsi yang dia ada, so suka hati dialah kan nak letak harga untuk ‘mating’ tu. Bernilai kot ‘baka’ sperma kucing dia tu hihi.

Normally, orang memang taknak bela kucing jantan yang masih belum dikasi. Yelah kan, kucing jantan yang tidak dikasi memang suka memancut merata-rata.

Dalam situasi aku, memang tak sampai hati nak mandulkan kucing betina aku (Cici Esmidar Gonzales). Biarlah dia hidup bernafsu + natural ahaks. So, nak tak nak memang kene hantar dia pergi mating service dengan mana mana kucing jantan yang tinggal berhampiran.

Agak susah nak cari pemilik yang membuat mating service via google. Oh, rupanya kebanyakan orang buat iklan mating via mudah.my 🙂

Atau besar kemungkinan di dalam group Facebook.

Aku tidak pasti berapa harga untuk mating service bagi baka kucing lain. Tapi kalau tengok pada harga yang tertera di internet, kebanyakannya berharga dalam lingkungan RM130 hingga RM250. Macam kes aku, ownernya minta RM200 untuk kali pertama dan RM180 untuk kali kedua.

Antara syarat-syarat yang dikenakan :-

  • Pastikan kucing betina anda “ON HEAT”
  • bebas dari kutu dan segala jenis penyakit (ada yang siap suruh bawa kad perubatan)
  • makanan dan pasir disediakan (kalau berlainan jenis, kene bawa sendiri)
  • Tempoh mating selama 7 hari
  • Bayaran tunai semasa penghantaran kucing
  • Jika kucing anda tidak pregnant selepas 45 hari dari tarikh mating anda boleh menghantar semula kucing anda untuk mating secara percuma
  • Progress update once perday (depend) ONLY.

Tapi, kalau kita sudah kenal antara satu sama lain, mudah lah kerja. Boleh minta FREE je. Tapi kene ada perjanjian hitam putihlah kan. Contohnya, anak yang dihasilkan dibahagi dua ahaks.

Aku pun besar kemungkinan akan menyediakan perkhidmatan ‘Persian Mating Cat Service’ . Itu pun bergantung kepada ” Si Kucing Jantan Hitam Legam ” tu. Kalau kuat nafsunya, boleh ON. Kalau agak agak pemalu sokmo, memang sah tak akan buat.

Aspek kesihatan juga perlu diambil kira. Jangan main terjah hantar kahwin je. Kedua-dua belah pihak pun kene pastikan kucing masing-masing berada dalam kondisi yang baik.  Kita taknak lepas ‘kahwin’, kucing sakit / terjangkit akan penyakit yang pelik pelik.

Ada kes pemilik kucing jantan yang kahwinkan kucingnya dengan 2 atau 3 ekor kucing betina dalam satu masa yang sama. Cuba elakkan dari pemilik yang macam tu. Kita tak tahu kondisi kesihatan kucing orang lain bukan? Lagipun mostly kucing parsi ini jenis ‘indoor cat’.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI