Kami boleh dikatakan bertuahlah juga cz hotel kami terletak bersebelahan dengan Restoran Makanan Melayu (Halal). Aku rasa pengusaha Restoran ini berbangsa Cham iaitu Islam. Itu based on pemahaman dan pembacaan aku.
Suasana tempat makannya selesa. Apa yang menariknya disini ialah restoran ini pernah dikunjungi Krew Jalan Jalan Cari Makan TV3. Ada nampak plug JJCM di kaunter pembayaran. Kiranya kami agak yakinlah juga akan mutu dan status halalnya 🙂
Biasalah kalau kelur dengan orang tua mesti mahu makan banyak + pelbagai macam makan dirumah. Mereka bukan berkira sangat dengan harga 🙁 Kami order nasi putih 5 pinggan, Asam Pedas utk makan 3 orang, Sayur campur, Daging masak rendang, 2 cawan kopi, jus nanas, air kosong dan the tarik. Kesemuanya berharga USD45 atau lebih kurang RM135 lebih. Dalam bab ini, aku rasa kesilapan terbesar kami ialah kami menggunakan USD. Its better guna Vietnam Dong.
Apa yang menariknnya ialah environment lagu dan suasananya memang Rock. Pengsan