HO CHI MINH VIETNAM : BANGUNAN PEJABAT POS HCMC

Sebaik sahaja kami habis makan petang tadi, aku + 2 org kawan aku telah jalan jalan cari pasal di sekitar kawasan hotel. Bukan apa, saja jalan kaki lihat lihat keadaan sekeliling bandar ini. Bagi aku, keadaannya tidak jauh berbeza dengan apa yang ada di Malaysia. Lebih kurang sama sahaja.

Alang alang berjalan tu, kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki menuju ke InterContinental Hotel atas dasar untuk membeli baju TShirt di Hard Rock Cafe Saigon.

Daripada situ, kami menuju ke Bangunan Pejabat Pos HCMC. Bangunannya cantik dan sangat bersejarah. Pejabat Pos yang juga berfungsi sebagai pusat pelancongan. Orang tempatan datang berurusan untuk urusan pos dan para pelancong seperti kami pula sibuk klik klik gambar. Jakon gamaknya hahaha.

Sesuatu yang lain daripada yang lain disini ialah, aku perhatikan memang tiada anjing atau kucing atau haiwan liar yang berkeliaran. Pengsan. Memang betul lah kata orang, mereka makan daging haiwan ini. Sama apa yang berlaku di Malaysia di tempat penempatan pekerja dari Vietnam 🙂 pengsan

Selain daripada itu, aku dapati tapak perniagaan orang di sini tersangat flexible. Di sini aku boleh nampak orang meniaga di tepi tepi jalan dengan sempoi dan penuh yakin 🙂 daripada bengkel moto, gunting rambut dan juga kedai makan. sangat sempoi. Takut pun ada jgk

Ada banyak lagi gambar, LIKE dan lihat di Facebook Mykeledek