APA YANG PERLU DILAKUKAN KETIKA MENYAMBUT KELAHIRAN ANAK KUCING?

Punya pengalaman menyambut baby kucing yang baru lahir? Walaupun anak kucing dilahirkan dengan selamat namun kadangkala masalah juga berlaku kepada anak kucing itu sendiri. Jika anak kucing tidak menangis dan bergerak selepas tali pusatnya dibuang, angkatkan anak itu cuba periksa samada dia masih hidup atau tidak. Anda boleh menggoyangkannya dengan perlahan-lahan untuk meredakan sebarang mukus dalam mulut dan lehernya. Sentuh dadanya untuk mengesan degupan jantung. Periksa juga rahang dan otot kaki dengan membuka mulut dan menggerakkan kakinya. Jika kelihatan layu dan lembik, kemungkinan besar anak kucing itu sudah mati.

Dalam beberapa jam selepas anak kucing dilahirkan, anda perlu memeriksa sebarang kecacatan yang ada atau boleh juga bawanya ke klinik untuk diperiksa. Perkara yang perlu dilihat adalah:
Buka mulutnya dan lihat jika terdapat lubang pada lelangit. Kecacatan ini dipanggil cleft palate.

  • Periksa kakinya empat dan ekornya satu.
  • Periksa pusatnya dan pastikan tiada lubang pada dinding perutnya.
  • Periksa di bawah ekornya dan lihat rectum atau dubur dan kemaluannya ada.

Anak kucing yang tidak sihat ketika dilahirkan kebiasaannya tidak akan hidup lama. Ibu kucing mungkin akan meninggalkannya atau memakan anaknya yang tidak sihat.

Sumber

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI