HO CHI MINH VIETNAM : LA JOLIE HOTEL

Hotel La Jolie yang kami hinap ini secara basic nya memuaskanlah jugak. Ciri ciri binaan yang ada disini memang dipengaruhi oleh binaan Perancis. Cuma lemah dari segi layanannya sahaja Gitew 🙂

Kalau nak diikutkan kepada pembacaan aku, pada waktu malam pasti akan ada bunyi bising. Khabarnya sebelah hotel ini adalah kelab malam. Tapi aku tak dengar lah pulak. Ohhh maybe kami dapat bilik yang lain kot. Lagipun memang menghadap Sungai Mekong. Kira syukurlah jugak.

Sedih, aku tak dapat tangkap banyak gambar. Bawak family dan memang perlu fikir akan business. Jadi tangan pun penuh dengan barang barang. Harapnya nanti aku akan sempat ambil gambar.

Pagi tadi kami breakfast di Hotel. OMG kecil pulak restoran nya. Makanan nya pula tak mesra Muslim. Kalau ada hotel yang surve dine untuk muslim mesti laku nie. Jadi apa boleh buat, makan shj buah dan apa2 yang berkaitan. Sesuatu yang aku kecewa ialah mutu dan rasa kopi yang disediakan tak sedap. Pengsan. Aku ingat sedap. Biasalah penggemar kopi. Lucky aku sudah beli kopi tupai tu. Rasa dan baunya memang sedap. Dan yang hairannya kopi yang disediakan di bilik sedap pulak. Kopi tradisional mereka. Esok atau petang ni mesti mau beli.

Yang penting hotel ini memenuhi keperluan asas aku iaitu perkhidmatan internet secara percuma disemua level 🙂