BELI ANAK KUCING PARSI BETINA CALICO

image

Pada hujung minggu lepas, aku dok pergi rumah makcik yang dok suka bela kucing (cat breeder) di Ampang, Selangor. Dia memang suka tunjukkan anak kucingnya yang baru lahir. Sharing katanya. Mana tahu berminat nak ambil kononnya.
image

Sebelum ini, dia pun ada tunjuk anak kucingnya yang baru lahir. Bulunya pun ala ala 3 serangkai jugak. Tapi time tu kurang berminat cz lebih banyak putih (van) berbanding warna lain. Kalau boleh tak nak putih lagi cz kat rumah dah ada bulu yang warna putih (walaupun).

Still mencari kucing yang berbulu kelabu. Agak susah nak mencari baka berbulu kelabu rasanya.
image

image

 

Kucing yang ada 3 warna bulu di badannya dipanggil Calico. Agak susah nak jumpa kucing yang ada 3 jenis warna pada badannya. Jadi, harganya agak mahal (bergantung kepada harga si penjual).

Makcik tu ada 2 ekor kucing parsi Calico. Emmm, kedua-duanya ada sijil CFA. Cuma belum didaftarkan je lagi. Gitew katanya.

image

image

image

 

Antara kedua-dua ekor kucing ini, aku memilih kucing yang ini (gambar terakhir). Nampak macam lebih comel je. Kalau ada duit lebih, memang ambil 2 ekor terus, tapi apa boleh buat hahaha. At least dia ada kawan nanti. Not sure samaada dia boleh berkawan dengan Ottet (jantan) atau tidak. Usia dia lebih kurang sebulan macam tu. Ottet pulak dah hampir 3 bulan lebih. Pengsan.

Pelaburan untuk jangka masa  panjang. Insyaallah akan datang aku akan daftarkan MYKELEDEK CATTERY pula. Daftar sebagai breeder kucing parsi di CFA. Macam tu lah ceritanya.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI