Hujung minggu yang lalu, aku terjebak ikut bos aku pergi outstation ke kawasan big bos kami. Nasib baik bos aku dok pergi hari sahaja. So, aku yang malas nak bermalam kat sana pun dok mengipas dia untuk joint ikut dia balik juga. Kasi layan baik punya bos aku ini huhu. Syukurlah, dia bersetuju dan perjalanan kami pun selamat pergi dan kembali. Sujud syukur u ollzz.
Sepanjang perjalanan hujan, so memang buat perut kami lapar nak makan. Nama pun Pahang, tak sah datang sini kalau tak makan tempoyak. Ye dok? Yang tak syoknya, semua kedai yang kami nak singgah, memang penuh dengan orang. Tak pun TUTUP. Pengsan 10 juta kali. Bos aku plak mengidam nak makan cendol time2 hujan ini. Nasib baiklah tutup hahahaha, Kalau tak, terpaksalah aku menghirup cendol tu dalam hujan. Lepas tu, mesti dok buang air sokmo. Sabar je lah.
Last-last, kami singgah ke kedai makan GO ABANG MAJU PATIN TEMPOYAK. Bos aku tak pernah merasa makan tengahari kat sini. Tapi katanya Char Kuew Tiow kat sini memang sedap.
Kami order nasi putih 3, Pais Tempoyak Ikan Talapia, Tempoyak Ikan Patin dan ulam-ulaman. Emm, aku agak kurang puas hati dengan kuantiti ulam-ulaman yang disediakan. Sedikit sangat. Tak puas makan kot.
Pertama kali aku mendengar istilah PAIS ini. Ingatkan nama orang, rupanya ala-ala perencah/bumbu. Pengsan. Nak gak merasa sedap ke PAIS ini kan? Aku sendiri tak pasti macam mana cara memasaknya. Ada yang kata dibakar, ada yang kata distim dan ada yang kata ala-ala masak portugis grill. Mana-mana je lah dik.
Yummy yummy, sedap yang amat OK rasa masakan kat sini. PEDAS yang amat dan amat menyelerakan. Kecur air liur dibuatnya hahaha.
Bos aku makan separuh je. Dia suruh aku habiskan yang separuh lagi tu. Pengsan kalau macam inilah gayanya. Tiap kali aku keluar outstation dengan dia, mesti aku akan jadi tukang penghabis makanan yang di order. Sabar je lah dik.
Emm, total harga yang kami makan ialah RM32 macam itu. Aku sendiri pun tak tahu samaada murah / mahal atau berbaloi atau tidak. Bos bayar kan. Jadi, aku tak fikir sangat hahaha.
Kedai Makan Go Bang Maju Patin Tempoyak ini terletak bersebelahan dengan Station Minyak ESSO Termerloh. Kalau datang termerloh, tak makan ikan patin + tempoyak memang tak sah. Datang singgah je kat mana-mana kedai makan. Gerenti sedap punyalah huhu.