Asyik cerita pasal TGI Fridays di Alamanda Putrajaya je hahaha. Jauh disudut hati, rasa syok dan sedap je Tennessee New York Strip & Shrimp yang menjadi menu kegemaran Salina Bachok. Lebih kurang beberapa hari selepas makan TGI Fridays dengan Salina, aku ajak kawan aku makan plak kat sini. Pengsan
Niatnya nak makan Tenessee New York, tapi sebaik sahaja sampai sini dan tengok menu yang ada, terus rasa macam nak merasa menu yang lain pulak 🙂 Pengsan 10 juta kali u ollz.
Selepes membelek-belek sana sini, kami pun bersetuju untuk order Tennessee Glazed Rips & Sizzling Chicken & Cheese yang nampak macam sedap je tu kan? ahaks.
Memang terasa keenakan dan kelazatannya. Kedua-duanya sedap dan buat aku rasa kenyang yang amat. Aku suka rasa sos diorang. Im not sure sos apa yang diorang guna. Tapi memang super duper sedap yang amat. Bak kata orang, juicy kononnya.
Tapi kan, daripada sini aku boleh buat kesimpulan. Kalau pergi makan kat kedai makan western tu, baik order ala-ala daging je. Tak payah nak order ayam bagai. Nampak lain benor rasanya. Sabar je lah.
Selera lain-lain dik.