MAKAN MALAM DI YANKEE’S HUT, BANDAR BARU BANGI

image

Kalau nak makan sedap, pergilah jalan-jalan cari makan di Bangi 🙂 Pabdai-pandailah hidup + pilih tempat makan yang sedap, murah dan selesa. Baru-baru ini, aku berbuka puasa di Yankee’s Hut. Restoran ini terletak di kawasan yang agak terlindung dari jalan raya. Selesa + agak besar saiz restorannya. Tapi agak hairan cz time aku datang itu, agak lengang plak rasanya. Takut pun ada juga.

Restoran ini terletak di belakang restoran Soho dan Rimba Bangi. Aku nak terangkan pun macam susah je nak susun ayat haha. Korang lalu je kat 2 restoran ini, then masuk lalu jalan kecil yang ada. Jangan tak tahu, kat belakang tu ada perumahan OK. Pengsan.

image

REugi cz terpilih tempat yang gelap dan terlindung. So, ambil gambar pun agak suram je kan. Sabar je lah.

image

image

Banyak juga kami order time tu. Siakap 3 rasa, sayur campur, telur dadar, tomyam campur, daging masak merah, nasi 2 pinggan, air jus tembikai dan air limau suam. Kemudian, bungkus nasi goreng dan sotong goreng tepung. Agak terkejut juga dengan jumlah harga yang dikenakan. Hanya RM60 lebih sahaja. Pengsan 10 kali ganda sampai sekarang. Murah OK>

image

image

Rasa masakan kat sini pun not bad juga. Seronok je makan hahaha. Lepas ini, boleh lah jadi port untuk aku makan malam + seafood. Memang berbaloi.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI