Dahulu, kecik kecik di kampung aku memang suka makan jamur /jamor ini. Jamor ini lebih kurang macam cendawan jugalah kiranya. Tumbuh selepas hujan kat pokok getah yang telah ditebang.
Emmm, kat kawasan kampung aku dulu memang banyak pokok getah. Memang seronoklah aku kalau nampak ada kebun getah yang ditebang pokoknya. Tinggal tunggu hujan dan ramai ramai dok kutip jamur itu. Jiran tetangga semua pun ikut join sekali hahaha. Seronok.
Tadi, semasa pergi mencari bahan untuk masak tempoyak, tetiba aku ternampak ada kedai yang menjual jamor ini. Aiyyyooooo, bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Terus aku menggenggam jamor ini, masuk ke dalam bakul hahaha. Aku ingat diorang jual sedikit je, rupanya kiri kanan depan belakang pun diorang ada jual jua. Tension + malu cz terlebih excited haha.
Dah lama aku mencari jamor ini tau. Emm, warna asal jamor ini time dipetik adalah putih. Tapi kalau dah lama, dia akan bertukar menjadi coklat kehitaman. Selalunya, time kecik dahulu sebaik sahaja petik jamor ini, aku akan suruh mak aku masak terus. Cantik sedikit warna putihnya huhu.
Emm, apapun sebelum masak tu, kene bersihkan dahulu jamor ini betul betul. Biasalah, mesti ada sisa kayu + getah kering yang melekat.
Im not sure tempat lain macam mana cara memasaknya. Macam aku, cuma reti masak sambal je. Tak pernah dan tak ingin mencuba lagi nak masak lemak dll. Biasalah, anak jawa memang makan sambal sokmo. Semua benda nak diletak cili hahaha.