Waktu di Ho Chi Minh Vietnam ini macam 1 jam lewat berbanding waktu di Malaysia 🙂 Oleh kerana kami sampai awal disini dan waktu check in pun dalam pukul 2 petang, jadi kami mengambil keputusan untuk keluar sebentar + jalan jalan ke Bien Tan Market dengan menaiki teksi.
Huhu pada awalnya memang tambang teksi adalah USD5. Kami mahu USD3 tapi mereka tidak mahu. Last last memang tak boleh dan harga tambang adalah dengan menggunakan meter. Meter menunjukkan 34.1 jadi kami perlu membayar dalam lingkungan VD 34,100 atau USD2 lebih. Kalau ikut current currency rate nya ialah USD1 sama dengan VD20,000 atau sama dengan RM3.06.
Kami ronda ronda di dalam market. Konsepnya lebih kurang Central Market di KL. Jadi aku ok je. Konsep tawar menawar dan ada juga yang memang fixed price 🙂 pandai pandai lah kome pilih
Orang disini memang pandai memujuk rayu untuk meminta orang membeli barangan yang dijual. Kene hati kental lah jugak. Ada juga yang memaksa beli. Pengsan
Tapi memang super murah. RM120 boleh dapat 5 kain pelbagai jenis yg bermutu dan lembut. Memang sukar mahu digambarkan cz kunjungan kami disini memang singkat dan tak bercadang pun nak beli. Apapun, kene take care mokcik dan pokcik ini cz tak mahu mereka tertipu dengan harga yang bukan pada paras sebenar.
Kami pulang dalam area pukul 2 waktu tempatan dan harga tambang teksi adalah dalam lingkungan VD21,700 cz jarak perjalanan yang lebih dekat. Biasalah jalan sehala memang camnie.