HO CHI MINH VIETNAM : HUJAN

So far, tiada karenah birokrasi yang kami hadapi disini. Cuma yang paling menggusarkan ketika ini ialah, pesawat yang akan membawa kami pulang tak kunjung tiba. Pengsan. Kalau ikut keadaan cuaca disini, setiap petang memang akan hujan. Jadi, alamatnya aku rasa jadual penerbangan kami pasti akan delay. Aku jamin.

Siapa tahu pesawat yang dalam perjalanan ke sini delay dek kerana keadaan cuaca.

Disini juga, aku perhatikan amat amat ramai warga Malaysia yang datang ke Ho Chi Minh. Aku sendiri tak tahu kenapa. Mungkin orang Malaysia ini suka beli kain ela etc kot. Kemudian mereka akn jual semula di Malaysia. Pengsan. Memang nampak sangat sana sini orang Malaysia.

I’m just wonder, apa jadi dengan Bandung Indonesia? Bukan ke situ syurga membeli belah juga? Kami dijadualkan akan ke Jakarta Indonesia pada bulan 10 ini. Tak tahu apa akan jadi nanti. Tapi aku sudah agak nampak sesuatu yang ada di HCMC Vietnam ini. Harapnya perniagaan yang dimulakan nanti berjaya dan mudah. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami.

Sesuatu yang amat mendukacitakan ialah, airport ini tiada perkhidmatan wifi percuma. Semua wife minta password. Sentap. Pelik, sepatutnya lapangan terbang ada wifi looor. Situasinya teramat berbeza di mana mana restoran dan hotel yang kami hidap dan kunjungi. Pasti akan ada excess wifi percuma.